Faktor komersial, transformasi serta pembangunan yang dijalankan tidak boleh dijadikan alasan untuk pertukaran nama sesebuah tempat dengan menggunakan bahasa Inggeris.
Itulah pendapat Sasterawan Negara Datuk Baharuddin Zainal ketika dihubungi pihak Astro AWANI berhubung isu ‘pertukaran’ nama Kampung Pantai Dalam kepada Pantai Sentral.
“Nama Bahasa Melayu pun boleh menjadi nama komersil. Namum, kadang-kadang nama sahaja komersil namun kegiatan di kawasan berkenaan tidak komersil.
“Nama sahaja juga tidak perlu dijadikan alasan. Jika kegiatan di kawasan itu menarik, orang ramai pasti akan ke sana. Ambil Petaling Street sebagai contoh. Pelancong tetap akan ke sana kerana ia mempunyai produk-produk yang menarik. Jadi nama tempat berkenaan tidak menjadi keutamaan,” kata beliau.
Tambahnya, pihak yang bertanggungjawab atas ‘pertukaran’ nama Pantai Sentral itu perlu berbincang dengan pihak Dewan Budaya dan Pustaka terdahulu dan meminta pandangan mereka.
“Bagi pendapat peribadi saya, saya tidak lihat ada sebab yang baik tentang pertukaran nama kawasan itu. Namun, untuk lebih adil, pihak yang bertanggungjawab harus memberi keterangan rasmi dan alasan mengapa ia ditukarkan,” tambah Baharuddin.
Beliau juga berpendapat bahawa pertukaran nama, khususnya kepada bahasa Inggeris, juga boleh menjejaskan identiti penduduk.
“Untuk apa guna Bahasa Inggeris? Bukan orang tidak faham. Kalau hendak tukar nama pun, ganti sahaja dengan Bahasa Melayu atau namakan ia sebagai ‘Pantai Dalam’ sahaja. Ia akan memberi kesan kepada penduduk dan ini melibatkan isu nasionalisme,” tambahnya.
Baharuddin juga berharap pihak penduduk tempatan dapat memberi pendapat mereka kerana percaya masyarakat awam juga mempunyai reaksi yang pelbagai.
Menurut poll Astro AWANI yang diadakan pada hari Ahad, 77 peratus berpendapat bahawa pertukaran nama tempat boleh menyebabkan hilangnya identiti, budaya dan bangsa.
Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff yang mengulas isu itu berkata, kerajaan perlu berunding dengan penduduk setempat sebelum membuat sebarang perubahan nama sesebuah tempat.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada Isnin memberitahu Astro Awani beliau membantah sekeras-kerasnya tindakan mengubah nama penempatan di pinggir Kuala Lumpur itu.
"Saya membantah. Saya menteri kebudayaan dan warisan itu sangat mustahak. Nama tempat mesti dikekalkan dan diingati. Nama itu wujud ada sebabnya,” kata beliau.
Syafique Shuib
Tue Jan 21 2014
Datuk Baharuddin Zainal. -Gambar BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Imigresen serbu perkampungan setinggan, tahan 69 pendatang tanpa izin
Kesemua individu itu berumur dua hingga 70 tahun, terdiri daripada 45 lelaki, 23 wanita serta seorang kanak-kanak lelaki.
Faktor komersil bukan alasan untuk tukar nama tempat - Sasterawan Negara
Sasterawan Negara Datuk Baharuddin Zainal juga berkata tidak perlu untuk menggunakan perkataan Bahasa Inggeris jika tempat harus ditukar nama.
Nama 'Kampung Pantai Dalam' tidak akan ditukar, kata DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menafikan bahawa Kampung Pantai Dalam akan ditukarkan namanya kepada 'Pantai Sentral' seperti yang digembar-gemburkan di media sosial beberapa hari lalu.
Nazri akan bawa isu nama Pantai Sentral ke Kabinet
Kecewa dengan penukaran nama Kg Pantai Dalam jadi Pantai Sentral, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata beliau akan rujuk itu ke kabinet.