PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyarankan persatuan serta kelab belia lebih kreatif dalam membantu pembangunan dari peringkat akar umbi bagi memastikan negara tidak ketandusan pemain berkualiti untuk mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM Mohd Firdaus Mohamed berkata negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dalam melahirkan bintang bola sepak.
"Pasukan perlu cari bukan setakat di sekolah tetapi cari di ceruk atau daerah sebab dulu pun kita pernah lahirkan pemain-pemain dari ceruk dan daerah. Kita dulu pernah lahirkan bakat dari ceruk daerah.
"Kita terpaksa mengharapkan sekolah sukan dan AMD tetapi kita tahu dalam tempoh lima hingga 10 tahun ini, kita tak nampak peningkatan di peringkat antarabangsa. Zaman dulu tiada AMD atau sekolah sukan pasukan kita boleh menang dengan Thailand pun menang juga," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pelancaran bola sepak rasmi untuk kejohanan kendalian FAM di Wisma FAM di sini semalam.
Terdahulu, jenama antarabangsa terkenal dari Jerman iaitu Puma melalui Active Sports Centre kekal sebagai penaja bola perlawanan rasmi untuk empat pertandingan domestik anjuran FAM bagi musim kedua berturut-turut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Mohd Firdaus bercakap pada sidang media majlis pelancaran bola rasmi untuk kejohanan kendalian FAM di Wisma FAM, Petaling Jaya, 17 Apr 2024. -- fotoBERNAMA
VGM rancang jadikan Malaysia sebagai hab eksport jenama Volkswagen - Tengku Zafrul
Menerusi hantaran di laman X pada Khamis, Tengku Zafrul memaklumkan bahawa dalam pertemuan bersama pihak VGM, mereka telah berkongsi perancangan berkenaan
Jualan borong, runcit catat rekod RM145.7 bilion pada Mac
Perdagangan borong dan runcit Malaysia merekodkan nilai jualan bulanan tertinggi berjumlah RM145.7 bilion pada Mac dengan suku tahun pertama 2024 mencatatkan RM429.2 bilion.
Gabungan Dewan Perniagaan mahu GST diperkenal semula
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menyarankan supaya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula sebagai langkah terbaik meningkatkan hasil kerajaan.
Rizab antarabangsa BNM berkurang satu bilion dolar Amerika
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yang terkini menunjukkan penurunan sebanyak 1.0 bilion dolar Amerika atau -0.9% bulan ke bulan (MOM) kepada RM112.8 bilion pada 30 April 2024.
Nilai semasa Ringgit tidak cerminkan ekonomi negara
Ringgit pada masa ini tidak mencerminkan asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia.
Kes Faisal disimbah asid: Polis tunggu hasil analisis cap jari suspek
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, semakan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek ada menyentuh beberapa kawasan serta tempat di lokasi kejadian.
Pantau Agenda Reformasi: Keganasan bola sepak, kesan kepada industri sukan negara
Keganasan bola sepak & Selangor FC tarik diri tidak main Piala Sumbangsih…kesan kepada industri bola sepak negara & apa yang perlu dilakukan bagi menggelakkan ia berterusan
Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sukan dan Rekreasi UiTM
Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sukan dan Rekreasi UiTM
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Polis hubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC
Polis mengesahkan telah menghubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC untuk diambil keterangan susulan laporan dibuat sebelum ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Fahmi sangkal dakwaan PKR tidak bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya parti itu tidak turun padang membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Kolam terjun sekadar hiasan, bekas atlet tak minat turun padang
Hanya tiga negeri memenuhi keperluan sukan terjun antaranya Perak, Sarawak dan Kuala Lumpur.
Skuad terjun negara tiada pelapis yang ampuh - Penganalisis sukan
Kegagalan skuad terjun kebangsaan menambah jumlah atlet ke Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar menunjukkan ketiadaan pelapis yang 'ampuh' bagi sukan itu.
KBS salur lebih banyak bantuan, sokongan majukan sukan sepak takraw
Antaranya meliputi program pembangunan bakat baharu sukan sepak takraw yang merupakan asas bagi melahirkan lebih ramai bakat baharu.
Peruntukan RM30 juta bukti kerajaan mahu Malaysia jadi hab e-sukan diiktiraf
Ketua Yoodo Chow Tuck Mun berkata e-sukan dilihat semakin berkembang, malah terdapat banyak bakat tempatan dan pemain yang berjaya mencipta nama dalam sukan itu.
Ka Siong tepis dakwaan tidak bertanggungjawab letak jawatan
Beliau sedaya upaya melahirkan, mencungkil dan mempromosikan bakat-bakat baharu, iaitu pelapis MCA yang muda serta berwibawa.
Anjur pertandingan di peringkat akar umbi untuk lahirkan bakat baharu - Adam Adli
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa persatuan sukan menganjurkan pertandingan di peringkat akar umbi bagi mencungkil lebih ramai bakat baharu terutama dalam acara bola sepak.
Pandelela sedih, mahu MS cari lebih ramai bakat
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong berharap Malaysia Swimming (MS) akan berusaha mencari lebih ramai bakat dalam sukan terjun.
Para Sukma 2022 medan cungkil bakat baharu ke temasya utama
MSN mahu kenal pasti atlet yang mampu menggantikan jaguh-jaguh sedia ada, membawa cabaran negara ke peringkat lebih tinggi.
Malaysia tidak ketandusan bakat baharu dalam sukan - KBS
Malaysia tidak pernah ketandusan bakat-bakat baharu dalam industri sukan ketika ini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.