KANGAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri Perlis menyasarkan untuk memasarkan 10 tan metrik mangga harumanis pada tahun ini.
Pengarahnya Mohd Sharizan Mansor berkata bagaimanapun jumlah tersebut bergantung kepada kapasiti pengeluaran buah pada tahun ini yang dijangka berkurangan berbanding pada tahun lepas susulan faktor cuaca yang tidak menentu.
"Setiap tahun kita (FAMA) mendapat permintaan yang tinggi khususnya daripada syarikat swasta, namun jumlah permintaan melebihi pengeluaran.
"Pada tahun lepas FAMA telah memasarkan sebanyak tujuh tan metrik mangga Harumanis berbanding 50 tan metrik pada 2021," katanya kepada pemberita di Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) di sini hari ini.
Beliau berkata daripada pemantauan FAMA menerusi perjumpaan dengan pengusaha mangga Harumanis, pengeluaran buah pada tahun ini dijangka berkurangan sekitar 20 peratus, namun masih terlalu awal untuk membuat jangkaan tepat kerana ada pokok yang dalam peringkat mengeluarkan bunga kedua.
Mohd Sharizan berkata musim mangga Harumanis pada tahun ini lebih panjang berbanding sebelum ini iaitu bermula dari April hingga Jun.
"Bagi memastikan bahawa pengguna tidak terbeban dan pengusaha tidak rugi, FAMA akan memastikan bahawa harga Harummanis tidak meningkat terlalu tinggi," katanya.
Katanya pihak FAMA akan mengadakan perbincangan dengan syarikat kurier menjelang musim mangga Harumanis bagi menambah baik sistem penghantaran hingga ke pintu rumah pelanggan.
"Kita akan berusaha untuk pastikan bahawa penghantaran mangga Harumanis dapat dipercepatkan agar buah tidak rosak atau masak ranum bila sampai kepada pengguna," katanya.
Kerajaan negeri sebelum ini menyasarkan pengeluaran sebanyak 3,600 tan metrik mangga Harumanis tahun ini dengan nilai dianggarkan sekitar RM72 juta.
--BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2023
Pada tahun lepas FAMA telah memasarkan sebanyak tujuh tan metrik mangga Harumanis berbanding 50 tan metrik pada 2021. - Bernama
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di Astana.
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pengusaha mangga harumanis disaran guna bahan organik - Raja Muda Perlis
Pengusaha mangga Harumanis disaran agar menggunakan input pertanian daripada bahan organik yang dihasilkan sendiri bagi mengurangkan kos produk pertanian itu.
Harga Harumanis naik, faktor cuaca dan kos pertanian - Exco
Kerajaan negeri cadangkan Harumanis gred premium A dijual RM35 sekilogram, Premium B (RM30) dan Gred C (RM25 -RM15) sekilogram.
Harumanis 'laku keras' di platform dalam talian
Sejak awal musim sehingga kini, FAMA telah menjual 20 tan matrik Harumanis ke seluruh negara.
FAMA cadang eksport Harumanis ke Eropah
Sasaran untuk mengeksport ke negara Eropah berikutan potensi yang besar di samping memperkenalkan buah tempatan Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Cubaan bawa masuk daging tikus kering, lelaki ditahan
Seorang lelaki warga Myanmar ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang selepas cubaan membawa masuk daging tikus kering ke negara ini.
Tidak berbaloi jual harumanis ke luar negara, Perlis henti eksport
Tindakan itu juga diambil sebagai persediaan kemungkinan berlaku kekurangan bekalan buah gred A pada musim tuaian.
Krisis politik Perlis jadi contoh kenapa anak muda meluat dengan UMNO
"Berebut kuasa tidak pernah habis, Perlis sekadar negeri contoh mengapa anak muda meluat dengan UMNO," kata Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Walaupun lumayan, peladang harumanis rasa mungkin tidak berbaloi
Kos tinggi, risiko kecurian menjadi cabaran kepada peladang harumanis.
Pelekat kod QR pastikan Harumanis asli
Pengarahnya Zulkepli Amin Mat Jusoh berkata sistem kod QR tersebut bertujuan membantu pengguna agar tidak tertipu apabila membeli buah ikon Perlis itu.
Tindakan bakar Harumanis tidak wajar - Jabatan Pertanian Perlis
Jabatan Pertanian Negeri Perlis kesal dengan tindakan seorang pengusaha mangga Harumanis di negeri ini yang membakar sejumlah besar buah berkenaan kerana dikatakan telah rosak.