KOTA BHARU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan RM17 juta hasil jualan bagi program Jualan Khas Semarak Aidiladha bermula semalam hingga esok di 685 lokasi di seluruh negara.
Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri berkata program itu bertujuan membantu menangani kos sara hidup menerusi kebolehcapaian dan ketersediaan bekalan produk agromakanan dengan harga berpatutan.
Beliau berkata program itu juga diadakan serentak dengan Karnival Agro Madani di enam lokasi iaitu di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini, Pasar Tani Kekal (PTK) Seberang Jaya (Pulau Pinang), PTK Chukai (Terengganu), PTK Chini Pekan (Pahang), PTK Datin Halimah (Johor) dan PTK Changlun (Kedah).
"Jualan Khas Semarak Aidiladha dijalankan serentak dengan program Karnival Agro MADANI memberi peluang kepada pengguna mendapatkan bekalan produk agromakanan dengan lebih mudah dan segar pada harga mampu milik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan jualan itu di Tapak Promosi, RTC Tunjong, hari ini.
Menurutnya program tahunan itu membantu usahawan bimbingan FAMA memasarkan produk agromakanan secara terus di kedai-kedai pemasaran FAMA.
"Di Kelantan kita ada lebih 300 usahawan yang menyertainya dan kita menyasarkan sebanyak 20,000 pengunjung hadir dan jualan sebanyak RM500,000.
"Menerusi program sebegini, ia dapat meluaskan pasaran mereka dan menambah pendapatan manakala untuk pengunjung mendapat potongan harga seperti combo melibatkan barangan basah seperti ayam, daging dan sayur-sayuran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 14 2024
Abdul Rashid (dua, kanan) mengadakan lelongan tembikai sempena Karnival Agro MADANI @ RTC Kelantan dan Majlis Pelancaran Program Jualan Khas Semarak Aidiladha Peringkat Kebangsaan di RTC Tunjung hari ini. --fotoBERNAMA
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
Rusia kecam AS kerana pemindahan aset ke Ukraine
Kementerian Luar Negeri Rusia menyatakan bahawa pemindahan 20 bilion dollar oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine, yang dibiayai menggunakan aset Rusia yang dibekukan, merupakan tindakan "rompakan semata-mata".
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Presiden Korea harus digantung serta merta - Ketua PPP
Ketua Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan, Han Dong-Hoon menyatakan Presiden Yoon Suk Yeol harus digantung serta-merta daripada tugasnya.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Tumbangnya rejim Assad buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Lima pegawai, anggota PGA tolak sogokan RM50,000
Lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada Rabu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Pesawah diminta daftar STTP untuk pampasan bencana alam
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta wakil rakyat memainkan peranan untuk membantu pesawah di kawasan masing-masing berdaftar dengan STTP supaya setiap daripada mereka dilindungi insuran diperkenalkan AgroBank.
Pengambilan guru dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, urusan pengambilan guru adalah dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa yang melantik dan guru yang berminat perlu mendaftar dalam portal MySPP.
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
98 peratus pengisian guru di Sarawak setakat 11 Disember
Sepanjang 2024, KPM berjaya menempatkan seramai 13,749 orang guru baharu lantikan tetap dan lantikan Contract of Service bagi sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara.
Pengguna iPhone kini boleh kongsi fail dengan pantas ke peranti Windows seakan Airdrop
Pengguna iPhone Kini Boleh Kongsi Fail Dengan Pantas Ke Peranti Windows Seakan AirDrop
Banjir: Arus deras ranapkan kediaman didiami enam beranak
Asmah Ibrahim, 64 tahun tidak menyangka rumah batu yang didiami sejak puluhan tahun itu ranap dek kerana banjir kali ini.
Hampir 4,000 barangan makanan dijangka alami kenaikan harga di Jepun
Trend kenaikan harga makanan di Jepun dijangka berterusan tahun depan apabila lebih 3,900 barangan makanan akan mengalami kenaikan harga antara Januari dan April, lapor Xinhua.
Belanjawan 2025: KPDN manfaat peruntukan untuk gerak agenda tangani ketirisan
KPDN akan menggunakan peruntukan dalam Belanjawan 2025 untuk menggerakkan agenda menangani ketirisan melalui pemantauan dan penguatkuasaan.
Kajian rapi perlu kait bantuan tunai dengan inflasi - Pakar
Walaupun mengaitkan bantuan tunai dengan inflasi adalah langkah wajar, ia tidak seharusnya diikat terus kepada kadar inflasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Oktober 2024.
Belanjawan 2025: RM1 bilion tangani kos sara hidup
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini.
Kerajaan dijangka umum Perintah Gaji Minimum baharu dalam Belanjawan 2025 – Pakar
Kerajaan dijangka mengumumkan Perintah Gaji Minimum (PGM) baharu dalam Belanjawan 2025 pada 18 Oktober akan datang.
PJRM bakal diperluas ke pasar awam - Armizan
KPDN akan memperluas pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani di pasar awam secara bersasar yang dijangka bermula Oktober ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 September 2024.
Kerajaan Perpaduan fokus tangani isu rakyat, ekonomi - Fahmi
Menjelang 22 bulan pentadbiran, Kerajaan Perpaduan kekal fokus pada usaha menangani masalah rakyat terutamanya mengenai kos sara hidup.
PM Thailand gariskan dasar komprehensif untuk majukan negara
Paetongtarn menegaskan bahawa kerajaan akan segera menangani isu-isu seperti hutang isi rumah, kos sara hidup dan pendapatan yang ketinggalan.