MALAYSIA
Fan Bingbing beri bayangan bakal kembali ke Melaka September ini

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam (kanan) mengurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.SM) yang membawa gelaran Datuk kepada bintang filem terkemuka China, Datuk Fan Bingbing pada istiadat hari ini. - Foto Bernama
MELAKA: Bintang filem antarabangsa Fan Bingbing memberi bayangan bahawa beliau akan kembali ke Melaka bulan depan untuk melakukan 'kerja baharu'.
Ringkasan AI
- Fan memberi bayangan akan kembali ke Melaka bulan depan untuk menyertai Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025.
- Fan menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) sempena sambutan Hari Jadi ke-76 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.
- Gelaran ini mengiktiraf sumbangan beliau dalam mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan global.

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam mengurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.SM) yang membawa gelaran Datuk kepada bintang filem terkemuka China, Fan Bingbing. - Foto Bernama
Pada tahun lepas, Fan dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka dan kehadirannya selama tiga hari pada Jun 2024 berjaya melonjakkan sektor pelancongan negeri apabila terdapat 1.2 bilion carian mengenai dirinya dan Melaka.
Fan, yang mempunyai kira-kira 63 juta pengikut di Weibo (platform media sosial di China mirip X) dan 4.1 juta pengikut Instagram, lazimnya ditonjolkan sebagai wajah kebudayaan China di peringkat global.
Selain filem China, beliau juga pernah membintangi filem adiwira Hollywood, 'X-Men: Days of Future Past', selain filem Perancis dan Korea.
Pada 2017, Fan menghiasi kulit majalah Time dan beliau turut dinamakan sebagai antara 100 Orang Paling Berpengaruh.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami