Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Farhash, Ramanan dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Kelantan

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan Darjah Pahlawan yang Amat Gagah Perkasa (PYGP) kepada Pengerusi Apex Equity BerhadDatuk Seri Farhash Wafa Salvador & Sultan Kelantan Sultan Muhammad V juga berkenan mengurniakan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Datuk kepada Datuk Seri R. Ramanan
Farhash Wafa Salvador (foto kanan) dan Ramanan (foto kiri) menerima darjah kebesaran masing-masing sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V yang ke-57. -Gambar Bernama
Advertisement

KOTA BHARU: Datuk Seri Farhash Wafa Salvador, selaku penerima tunggal bagi Darjah Pahlawan Yang Amat Gagah Perkasa (PYGP), telah mengetuai senarai 779 penerima Darjah, Bintang dan Pingat bersempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V yang ke-57 bagi tahun 2026.

Beliau kemudiannya diikuti oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan yang mendahului senarai penerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Datuk.

Pengurniaan itu turut melakar sejarah apabila Ramanan, yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat menjadi individu daripada komuniti India pertama dalam sejarah menerima SJMK sejak 1925.

Keanggotaan bagi kelas SJMK dihadkan kepada 50 penerima.

Ramanan dalam satu kenyataan susulan merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada KDYMM Sultan Muhammad V atas perkenan pengurniaan tersebut sambil menyifatkannya sebagai satu amanah untuk terus memperkukuh khidmat kepada Raja, rakyat dan juga negara.

Selain Ramanan, Datuk Razali Daud, Datuk Rosnazli Amin, Datuk Daniyar Kessikbayev, Datuk Leon Emil Le'mercier, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dan Datuk Mohd Khidir Yaacob, turut dikurniakan SJMK pada istiadat berkenaan.

Antara penerima darjah kebesaran lain ialah bekas Panglima Angkatan Tentera Jeneral (B) Tan Sri Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Datuk Seri Pahlawan Malek Razak Sulaiman, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Datuk Seri Azhan Md Othman serta Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Datuk Seri Ab Rahim Ab Rahman, yang menerima darjah SPKK dan SPSK.

Istiadat ini turut menyaksikan Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Panglima Tentera Darat dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri.

Must Watch Video

Advertisement