Sebuah farmasi di Selayang dekat sini dikompaun RM20,000 kerana menjual penutup hidung dan mulut melebihi harga kawalan.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Gombak Azli Aripin berkata premis itu diberikan tempoh selama 14 hari untuk melunaskan kompaun tersebut.
Beliau berkata serbuan itu dilakukan pada kira-kira 6.30 petang susulan aduan orang awam berhubung penjualan penutup hidung dan mulut melebihi harga yang ditetapkan oleh kerajaan.
“Hasil uji beli yang dibuat oleh pegawai penguat kuasa yang menyamar sebagai pelanggan mendapati peniaga tersebut telah menjual penutup hidung dan mulut jenis 2-ply dengan harga sekeping RM1 sedangkan harga kawalan yang telah ditetapkan ialah 20 sen sekeping,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Azli berkata sejumlah 45 unit penutup hidung dan mulut disita dengan nilai sitaan sebanyak RM45.
Beliau berkata tindakan mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 iaitu menjual barang kawalan melebihi harga maksimum telah diambil terhadap peniaga itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 12 2020
Serbuan dilakukan susulan aduan orang awam berhubung penjualan penutup hidung dan mulut melebihi harga yang ditetapkan oleh kerajaan. Foto BERNAMA
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
Farmasi dikompaun RM20,000 naikkan harga penutup hidung dan mulut
Premis itu diberikan tempoh selama 14 hari untuk melunaskan kompaun tersebut.