awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fasa Endemik COVID-19: Kerajaan boleh wujudkan sistem pengawasan, tingkat imunisasi

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
02/09/2021
04:05 MYT
Fasa Endemik COVID-19: Kerajaan boleh wujudkan sistem pengawasan, tingkat imunisasi
Menurut Dr Zainal, satu sistem pengawasan perlu diwujudkan bagi memantau situasi. - Astro AWANI
Kerajaan harus memberi fokus kepada langkah mitigasi atau mengurangkan impak kepada kehidupan rakyat dan sistem kesihatan, sebaik sahaja Malaysia memasuki fasa endemik dengan COVID-19.
Bagi tujuan itu, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berpandangan, satu sistem pengawasan perlu diwujudkan bagi memantau situasi.
Menurutnya, dengan ada sistem pengawasan ini ia akan membolehkan penyelesaian bersasar dilakukan kerajaan selain meningkatkan liputan imunisasi dalam negara.
"Bagi persediaan, kerajaan mesti wujudkan satu sistem pengawasan untuk kawal COVID-19, kita tidak perlu ujian saringan secara besar-besaran dan laporan statistik harian lagi.
"Pengawasan ini penting sekiranya berlaku lonjakan jangkitan, ada langkah yang bersasar dapat dilakukan, selain tingkatkan liputan vaksinasi," katanya dalam program AWANI Pagi pada Khamis.
Beliau juga melihat, untuk memastikan kita dapat membendung wabak ini, peranan penting juga harus dimainkan oleh lapisan masyarakat.
Dengan terus mematuhi SOP sedia ada, ia dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti dan beri kesan kepada kesihatan mereka itu sendiri.
"Kekal patuh kepada SOP sedia ada, itu dapat kawal diri kita daripada dijangkiti dan elak daripada terima implikasi kesihatan.
"Sekiranya ia berjaya, kes juga akan menurun dan banyak sektor boleh jalani proses pemulihan," jelasnya.
Katanya, dengan langkah oleh kerajaan dan kawalan kendiri ini, ia dilihat model terbaik untuk sama-sama kita mengurangkan impak terhadap kesihatan dan dapat memulihkan kepada pelbagai sektor yang terkesan.
Berikut merupakan temu bual penuh bersama Dr Zainal dalam program AWANI Pagi.
AWANI Pagi: Persediaan Malaysia memasuki fasa endemik COVID-19
Topic Berkaitan
#COVID-19
#endemik
#kerajaan
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan