awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fasa endemik COVID-19: KKM bentang saranan, SOP baharu minggu depan

Bernama
Bernama
23/06/2023
11:31 MYT
Fasa endemik COVID-19: KKM bentang saranan, SOP baharu minggu depan
Dr Zaliha berkata SOP kesihatan PRN di enam negeri yang akan diadakan bergantung kepada pengumuman status peralihan berkenaan. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Keputusan sama ada Malaysia akan memasuki fasa endemik COVID-19 akan dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) membentangkan laporan saranan dan prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada Jemaah Menteri minggu depan, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Ketika ini, Malaysia berada di fasa peralihan ke endemik sejak 1 April 2022.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kesihatan di sini hari ini, Dr Zaliha berkata semakan terhadap saranan dan SOP baharu tersebut akan mengambil kira garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), situasi kes antarabangsa dan kes jangkitan COVID-19 dalam negara.
"Status (peralihan) ini kita akan umumkan selepas saya membawa pembentangan kepada Jemaah Menteri...bahagian Kesihatan Awam telah pun memberi saranan untuk kita laksanakan SOP yang boleh dikategorikan sebagai SOP baharu," katanya.
Pada Mei lepas, KKM mengumumkan akan menilai semula status peralihan fasa ke endemik selepas pengisytiharan Kawasan Jangkitan Tempatan berakhir pada 30 Jun ini.
Setakat 17 Jun lepas, Malaysia mencatatkan sebanyak 5,112,019 kes termasuk kes import membabitkan 37,118 kematian.
Semalam, Presiden Indonesia Joko Widodo mengumumkan negara itu secara rasmi menamatkan status pandemik COVID-19.
Sementara itu, Dr Zaliha berkata SOP kesihatan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan diadakan bergantung kepada pengumuman status peralihan berkenaan.
"Akan bergantung kepada pengumuman SOP baharu. Kita tunggu," katanya.
Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Fasa Peralihan Ke Endemik
#SOP baharu
#Zaliha Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan