Skip to main content

Advertisement

Sukan

SK Betau prospek sekolah sukan Orang Asli pertama

SK Betau Prospek Sekolah Sukan Orang Asli Pertama
Sekolah Kebangsaan Betau kini muncul sebagai kuasa baharu pembangunan sukan akar umbi dalam kalangan komuniti Orang Asli. - StadiumAstro

SIAPA sangka sebuah sekolah di pedalaman mampu menjadi “kilang juara”? 

Sekolah Kebangsaan Betau di Kuala Lipis, Pahang kini muncul sebagai kuasa baharu pembangunan sukan akar umbi dalam kalangan komuniti Orang Asli.

Bermula dengan Klinik Sepak Takraw STL, bakat-bakat muda mula digilap secara lebih tersusun. Ada yang kini bersama skuad takraw peringkat lebih tinggi, malah melangkah ke institusi teknikal di bawah Majlis Amanah Rakyat — membuktikan laluan sukan mampu membuka pintu masa depan.

Advertisement

Bukan itu sahaja, SK Betau turut menyerlah dalam olahraga menerusi acara pecut, lompat jauh dan merentas desa di peringkat zon dan daerah. Dalam bola sepak, pemain muda mereka juga mencipta nama mewakili Kuala Lipis.

Daripada padang kampung ke pentas negeri, SK Betau membuktikan satu hakikat – bakat Orang Asli bukan sekadar ada, tetapi sedang bangkit mencabar arus perdana.

Must Watch Video