Skip to main content

Advertisement

Malaysia

Anak sulung Amyza Aznan, Andre Mikhail meninggal dunia

Pelakon, Amyza Adznan memohon doa orang ramai apabila anaknya, Andre Mikhail, kini dirawat di hospital.  Dalam status penuh emosi, beliau merayu apa sahaja ikhtiar demi kesembuhan anak tersayang. Di bulan yang mulia ini, sama-sama kita doakan agar ada keajaiban dan kesembuhan buat anaknya
Anak sulung Amyza dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur beberapa hari lalu bagi menerima rawatan dan perkhabaran sedih itu dikongsikan aktres berkenaan sejak beberapa hari lalu, meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan buat Andre. - Foto Instagram @amyzaaznankaaia

KUALA LUMPUR: Anak sulung kepada pelakon Amyza Aznan, Andre Mikhail Khairil Izhar, meninggal dunia sebentar tadi akibat kanser paru-paru.

Berita sedih tersebut dikongsi oleh Amyza menerusi Instagram Story.

Advertisement

"Assalamualaikum dengan dukacita anak saya, Andre Mikhail Bin Khairil Izhar telah pulang ke negeri yang abadi, minta semua sedekahkan al-Fatihah kepada anak saya,” katanya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun.

Andre dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) beberapa hari lalu bagi menerima rawatan, dan perkhabaran sedih itu dikongsikan aktres berkenaan sejak beberapa hari lalu, meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan buat Andre.

Februari tahun lalu, Amyza berkongsi khabar duka apabila Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga. 

Lebih memilukan, pada Ramadan pertama tahun ini, Amyza sekali lagi diuji dengan perkhabaran menyayat hati apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang.

Must Watch Video