KUCHING: Fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo kini sudah mencapai 86 peratus siap, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Katanya pada tahun ini, dijangkakan terdapat beberapa lagi seksyen dalam lebuh raya itu akan dibuka dan tiga seksyen iaitu di Sarikei, Bukit Begunan serta Lambir dijangka siap tahun depan.
"Tiga seksyen itu berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk cabaran di tapak yang memerlukan penelitian semula.
"Malah ada juga yang memerlukan pengolahan semula reka bentuk kerana faktor keadaan muka bumi yang tidak sesuai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Libat Urus bersama Media Sarawak di sini, malam tadi.
Fasa satu projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 786 kilometer dari Telok Melano ke Miri melibatkan kos RM16.117 bilion.
Sementara itu, Fadillah berkata Kementerian Kewangan juga kini sedang memuktamadkan aspek perolehan bagi Projek Fasa 2 Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) serta Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB) dan peruntukan siling sebanyak RM 12 bilion telah ditetapkan bagi kedua-dua projek itu.
"Kita juga harap dapat memuktamadkan penganugerahan kontrak kepada kontraktor tahun ini dan awal tahun depan projek ini akan dapat dimulakan," katanya.
Pada 7 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kerajaan Persekutuaan telah meluluskan Projek Fasa 2 SSLR serta Projek LTB, dan pembinaannya akan bermula seawal tahun depan.
Ismail Sabri berkata penelitian teknikal bagi projek Fasa 2 SSLR dan LTB yang menghubungkan Miri, Limbang serta Lawas itu kini di peringkat akhir, dengan pembinaannya dijangka memakan tempoh selama tiga hingga lima tahun.
Projek itu katanya, bukan sahaja membolehkan penduduk kawasan utara Sarawak menuju ke Sabah melalui dua opsyen jaringan jalan raya, malah memberi manfaat kepada penduduk sekitar Mulu, Long Seridan, Nanga Medamit, Long Lopeng, Ba'kelalan dan Merarap yang kini bergantung kepada jalan balak sebagai jalan perhubungan utama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 04 2022
Fasa satu projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 786 kilometer dari Telok Melano ke Miri melibatkan kos RM16.117 bilion. - Foto Facebook/Pan Borneo Highway Sarawak
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
Tiga perkara perlu dilakukan bagi elak kemusnahan di Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyuarakan tiga perkara yang perlu diberikan pertimbangan masyarakat dunia dan mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka termasuk ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata demikian di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh hari ini.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Satu delegasi Hamas akan melawat Kaherah untuk rundingan yang bertujuan untuk mendapatkan gencatan senjata, pada Isnin.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
Jajaran 'redline' Sarawak dinaik taraf - Alexander
Jajaran 'redline' yang melibatkan jalan persekutuan dan jalan negeri di Sarawak akan direka bentuk semula dan dinaik taraf agar mengikut standard Projek Lebuh Raya Pan Borneo.
Projek Pan Borneo Sarawak dapat disiapkan tahun ini - Alexander
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak dapat disiapkan sepenuhnya tahun ini.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah pasangan diraja permata hati rakyat
Bagi rakyat, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah umpama "ayah dan ibu" yang sentiasa menyantuni rakyat tanpa ikatan protokol.
Kembara Kenali Borneo tonjol kemuliaan peribadi sebenar individu - Agong
Kembara Kenali Borneo membuatkan Al-Sultan Abdullah menginsafi hakikat bahawa kemuliaan peribadi seseorang bukan diukur daripada harta, wang ringgit, pangkat mahupun darjat.
Empat pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo Sabah disiapkan tahun lepas - Hajiji
Beliau berkata, terdapat 35 PK dalam projek Fasa 1 dan daripada angka itu 11 PK masih lagi dalam pembinaan.
Projek Lebuhraya Pan Borneo diberi perhatian serius supaya siap ikut jadual - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya akan memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah diberi perhatian serius supaya ia dapat disiapkan mengikut jadual.
Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo: Satu proses pembelajaran - Abang Johari
Pembangunan Lebuhraya Pan Borneo telah menjadi sebagai satu proses pembelajaran untuk kerajaan Sarawak dalam merancang pembangunan infrastruktur lain di negeri itu.
Hutang kerajaan diunjur 64 peratus daripada KDNK, biaya projek pembangunan RMK12
Hutang Kerajaan Persekutuan diunjur sekitar 64 peratus daripada KDNK pada akhir 2024 terutamanya bagi membiayai projek pembangunan strategik di bawah RMK12.
Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah lebih perlahan berbanding Sarawak - PM
Perdana Menteri meminta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berperanan untuk memastikan projek pembinaan tersebut berjalan dengan lancar.
Kerajaan yakin Lebuhraya Pan Borneo siap segera, berkualiti - Fadillah
Ia pembawa perubahan yang bukan sahaja memudahkan perjalanan tetapi dapat memberi keselesaan, keselamatan dan mengembangkan ekonomi rakyat.