Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahya hari ini membidas kenyataan bekas presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim yang menyamakan keadaan di Malaysia seperti kumpulan Negara Islam di Iraq dan Syria (IS).
Katanya, Zaid perlu 'berlapik' ketika mengeluarkan kenyataan kerana apa yang dilakukan oleh ulama di Malaysia hanyalah menyampaikan apa yang diperintahkan dalam agama Islam.
"Para ulama tetap akan bercakap tentang perkara yang wajib, halal dan haram kerana itu tanggungjawab mereka. Kita juga kena terjemahkan Islam itu dari sudut ekonomi, pentadbiran dan sosial.
"Bila kita terlalu lihat dari sudut yang jumud, maka akan lahirlah orang-orang seperti Zaid yang sentiasa memandang serong pada Islam," kata ulama muda itu ketika dihubungi Astro AWANI.
Ujar beliau, golongan 'liberal' tersebut akan sentiasa bersetuju dengan undang-undang sivil ciptaan manusia, tetapi sentiasa mempersoal undang-undang ciptaan Tuhan.
Katanya, Zaid perlu faham bahawa undang-undang Tuhan itu menguasai kesemuanya, dan ia perlu dihormati.
Sementara itu, Fathul menyambut baik perbincangan antara agama, namun beliau mengingatkan bahawa penganut Islam perlu memperkukuhkan fahaman tentang agama sendiri dahulu sebelum menyelami kandungan kitab agama lain.
"Bukan saya kata menolak, tetapi (tanpa pemahaman yang kukuh), seseorang itu boleh hilang fokus. Agama sendiri kita tak pandai, tetapi sibuk dengan agama lain," ujarnya.
Semalam, Zaid menerusinya kenyataan di blognya, 'The Zaidgeist' telah mendakwa bahawa segala pandangan dan pemikiran tentang Islam telah dikongkong oleh golongan ulama di Malaysia
Zaid yang juga bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) dan PKR berkata, keadaan itu menyebabkan pemimpin di Malaysia menjadi 'takut' kepada golongan tersebut.
Haider Yutim
Tue Sep 30 2014
FATHUL: Adalah menjadi tanggungjawab ulama untuk mengingatkan tentang perkara wajib, halal dan haram. -Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Bekas Mufti Perlis meninggal dunia
Pemergian Allahyarham disahkan oleh anaknya, Datuk Dr Fathul Bari menerusi hantaran di laman Facebook.
Pelan mitigasi projek 'sakit' jadi keutamaan PR1MA - Fathul Bari
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) akan sentiasa berusaha memastikan pelan mitigasi untuk projek-projek 'sakit' dengan kategori pelbagai, berada dalam senarai keutamaan.
'Kenapa sampai kena selak kain?' - Fathul Bari
Tidak dinafikan golongan transgender atau mak nyah mempunyai hak mereka di negara ini dan diakui tidak pernah berlaku diskriminasi terhadap mereka.
Isu menyusu anak: 'Payu dara bukan untuk tontonan umum' - Fathul Bari
Peserta kempen menyusukan anak yang dianjurkan beberapa kelab ibu menyusu di negara ini perlu mengelak daripada rakaman aksi oleh pihak media yang berisiko menimbulkan pelbagai pandangan.
Fathul Bari mahu artis "berhijrah" lihat kembali motif sebenar, bidas Abby Abadi
Golongan artis yang berhijrah diminta berfikir secara rasional dan jangan keterlaluan menuduh UMNO tidak menyokong penghijrahan mereka.