TIDAK dinafikan golongan transgender atau mak nyah mempunyai hak mereka di negara ini dan diakui tidak pernah berlaku diskriminasi terhadap mereka.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, mereka golongan minoriti soal hak manusiawi mereka sebagai rakyat yang perlu diberi hak sebagai rakyat.
"Contohnya hak bersuara, berekspresi dan sebagainya, itu terpulanglah.
"Namun bila sampai tingkah laku mereka yang agama sendiri tak boleh terima dan bercanggah dengan nilai-nilai yang ada di negara kita maka benda itu tak boleh kita terima," katanya.
Menurutnya, soal kerja pula berapa ramai mak nyah bekerja termasuk di pasaraya dan pusat-pusat perniagaan terkenal.
"Saya dapati banyak dari kalangan mereka bekerja di situ, orang yang hendak bagi kerja kepada golongan itu dia berhak letak syarat-syaratnya.
"Kenapa kita boleh letak syarat contohnya, antara orang yang A ini lebih dari orang yang kurang A?," katanya.
Perkara yang menjadi isu sekarang, katanya, apabila karakter mak nyah yang mempromosikan idealisme dan pergerakan untuk memaknyahkan orang lain?
"Untuk menormalisasikan mak nyah dalam masyarakat tak bolehlah, mana boleh kita terima.
"Soal dia nak kerja, kerja sahaja di mana-mana dia boleh kerja pun. Isu sekarang adalah usaha-usaha untuk menormalisasikan kepondanan dalam kita punya ruang lingkup masyarakat," katanya.
Beliau berkata, perkara itu telah lama berlaku di negara kita.
"Apa yang menjadi satu perdebatan besar sangat berkenaan isu ini? Sampai nak bincang tandas, sampai kena selak kain nak tengok walaupun ia sebagai gurauan dan sarkastik.
"Tak payah la, buang masa nanti sebab banyak benda lain kita nak kena buat dan fikir," katanya.
Pada masa sama, Fathul Bari berkata, pihaknya pelik apabila semua benda hendak dipolitikkan.
"Cuma pandangan saya kita kena lebih berhati-hati apabila berbicara soal benda-benda yang melibatkan sensitiviti, agama, dan golongan minoriti serta majoriti.
"Bagi saya benda lebih besar yang kita kena fikirkan adalah mentarbiah mereka dan menasihati mereka agar berubah," katanya.
Beliau mempersoalkan mana boleh berbincang tentang cara hendak membantu atau mendorong mereka mengekalkan kemaknyahan mereka.
"Menjadi satu kesalahan jika kita nak bantu contohnya pelacuran dengan beri hak mereka melacur.
"Sebaliknya kita kena fikir cara bantu mereka nak ubah dari pelacuran kepada perkara lebih baik untuk memulakan kehidupan mereka," katanya.
Berkenaan pembahagian tanah secara faraid bagi keluarga mak nyah pula, Fathul Bari berkata, secara mudahnya untuk lelaki ia akan peroleh dua bahagian manakala wanita pula satu bahagian.
"Maknanya bila seseorang sudah menukar jantina, secara logik akal, dia tak nak yang dua bahagian sebaliknya dia nak yang satu bahagian.
"Secara syaraknya, ikut mana pun dia tetap lelaki, Allah telah tetapkan dia atas fitrah dia sebagai lelaki. Ini saya cakap dari sudut yang tukar jantina bukan yang khunsa atau memiliki dua kemaluan," katanya.
Menurutnya, bagi yang menukar jantina apa hukum Islam sekalipun dia tetap lelaki.
"Logiknya dia tak menafikan hak dia dua bahagian tetapi tetap nak satu bahagian, pada pandangan saya ia tak cerdik," katanya.
Sinar Harian
Tue Aug 21 2018
!['Kenapa sampai kena selak kain?' - Fathul Bari 'Kenapa sampai kena selak kain?' - Fathul Bari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41453439957_FathulBari.jpg)
Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, mereka golongan minoriti soal hak manusiawi mereka sebagai rakyat yang perlu diberi hak sebagai rakyat.
Kakitangan hospital Israel siap sedia pembebasan tahanan
Kakitangan di Kompleks Beilinson Schneider di Israel mempersiapkan bilik dan rawatan sementara menunggu lebih banyak tebusan dibebaskan dari Gaza.
Trump lawat kawasan terjejas kebakaran Los Angeles
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Wanita Pertama Melania Trump melawat sebuah kawasan kejiranan yang musnah akibat kebakaran kejiranan Pacific Palisades, di barat laut Los Angeles pada Jumaat
Dua ekor panda China tampil di Zoo Washington
Dua ekor panda dari China membuat penampilan sulungĀ kepada umum di Zoo Negara Washington, DC pada Jumaat.
![Kerajaan kenal pasti pendekatan menang-menang selesaikan isu padi, beras tempatan Kerajaan kenal pasti pendekatan menang-menang selesaikan isu padi, beras tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737782977_MohamadSabu.jpg)
Kerajaan kenal pasti pendekatan menang-menang selesaikan isu padi, beras tempatan
Kerajaan sedang mengenal pasti situasi menang-menang melibatkan semua pihak berkepentingan dalam isu bekalan beras putih tempatan dan harga belian padi.
![PM Anwar teguh perjuangkan kebebasan kehakiman walau hadapi ujian peribadi, kata Setiausaha Politik PM Anwar teguh perjuangkan kebebasan kehakiman walau hadapi ujian peribadi, kata Setiausaha Politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737392137_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar teguh perjuangkan kebebasan kehakiman walau hadapi ujian peribadi, kata Setiausaha Politik
Perdana Menteri sentiasa teguh dalam memperjuangkan kebebasan badan kehakiman, walaupun pernah menjadi mangsa kepada sistem kehakiman yang dipengaruhi oleh agenda politik.
![Dua panda baharu dari China tampil di Zoo Negara Washington Dua panda baharu dari China tampil di Zoo Negara Washington](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737779320_BaoLimpandaNati.jpg)
Dua panda baharu dari China tampil di Zoo Negara Washington
Dua ekor panda dari China membuat penampilan sulung kepada umum di Zoo Negara Washington, DC pada Jumaat.
KDN perkukuh kawalan sempadan Malaysia-Thailand, tangani jenayah rentas negara
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi menangani isu penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.
[TERKINI] Pertukaran petugas kaunter berfasa, elak urusan rakyat terjejas
Pertukaran petugas kaunter yang berkhidmat melebihi lima tahun perlu dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan ketetapan baharu itu tidak merencatkan urusan perkhidmatan kerajaan.
AWANI Ringkas: Nahas lori 10 tan dan perodua Alza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Hannah gesa persatuan sukan kurangkan amalan politik Hannah gesa persatuan sukan kurangkan amalan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737780492_TBHannahYeoh.jpg)
Hannah gesa persatuan sukan kurangkan amalan politik
Menteri Belia dan Sukan mahu setiap pemilihan yang dibuat pada mesyuarat agung tahunan (AGM) persatuan sukan dilaksanakan secara sihat.
![Saya masuk PH bukan nak jadi ketua - Zahidi Saya masuk PH bukan nak jadi ketua - Zahidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675376352_DatukZahidiZainul.jpg)
Saya masuk PH bukan nak jadi ketua - Zahidi
Beliau berkata, bila saya dipecat saya tidak mahu bermusuh sebaliknya masih bersahabat dengan ahli-ahli UMNO yang lain.
![Lokman Adam telah padam hantaran fitnah terhadap Mohd Na'im di media sosial Lokman Adam telah padam hantaran fitnah terhadap Mohd Na'im di media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71633065948_LokmanNoorAdam.jpg)
Lokman Adam telah padam hantaran fitnah terhadap Mohd Na'im di media sosial
Datuk Lokman Noor Adam telah memadam kesemua hantaran berunsur fitnah terhadap Ketua Hakim Syarie Datuk Mohd Na'im Mokhtar berhubung dakwaan gangguan seksual yang dimuat naik dalam FB dan YouTube.
![Dakwa Pas 'pelacur', pandangan Ku Li terpencil - Razlan Dakwa Pas 'pelacur', pandangan Ku Li terpencil - Razlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615620832_Putrajaya.jpg)
Dakwa Pas 'pelacur', pandangan Ku Li terpencil - Razlan
Datuk Razlan Rafii menyifatkan sentimen seperti keikhlasan dalam berpolitik tidak perlu dipersoalkan dalam politik era yang baharu.
![Politik Perak: Jangan salahkan UMNO, tawaran untuk bekerjasama sudah dibuat - Tajuddin Politik Perak: Jangan salahkan UMNO, tawaran untuk bekerjasama sudah dibuat - Tajuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51607233460_TajuddinRahman.jpg)
Politik Perak: Jangan salahkan UMNO, tawaran untuk bekerjasama sudah dibuat - Tajuddin
Tawaran telah dibuat oleh UMNO untuk bekerjasama dengan Pas dan Bersatu, namun terpulang kepada dua parti itu untuk bersama UMNO demi rakyat.
![Veteran politik Kedah, Khalid Abdullah meninggal dunia Veteran politik Kedah, Khalid Abdullah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51605689491_TANSRIKHALIDABDUL.jpg)
Veteran politik Kedah, Khalid Abdullah meninggal dunia
Tokoh politik Kedah yang juga veteran UMNO, Tan Sri Khalid Abdullah meninggal dunia akibat sakit tua di Kedah Medical Centre (KMC) di sini, hari ini.
![Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41599729150_COVID.jpg)
Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani kuarantin wajib bagi mendapatkan rawatan susulan.
![PRU: UMNO tiada masalah dengan agihan kerusi PRU: UMNO tiada masalah dengan agihan kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71580988363_DiraAbuZahar.jpg)
PRU: UMNO tiada masalah dengan agihan kerusi
Dira berkata, sehingga hari ini, proses rundingan antara semua rakan sekutu dalam PN giat dilaksanakan meliputi semua aspek.
![Pemimpin Pemuda UMNO desak Lembaga Disiplin siasat Lokman Adam Pemimpin Pemuda UMNO desak Lembaga Disiplin siasat Lokman Adam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61553774722_LokmanNoorAdam.jpg)
Pemimpin Pemuda UMNO desak Lembaga Disiplin siasat Lokman Adam
Mereka mendakwa Lokman sebagai ahli dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah melanggar disiplin parti.
![Polis akan panggil Lokman Adam kerana perhimpunan tanpa permit Polis akan panggil Lokman Adam kerana perhimpunan tanpa permit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61553774722_LokmanNoorAdam.jpg)
Polis akan panggil Lokman Adam kerana perhimpunan tanpa permit
Polis akan memanggil Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berhubung penganjuran himpunan di hadapan pusat membeli-belah Sogo di sini hari ini.
![Shahidan Kassim kembali terajui UMNO Perlis Shahidan Kassim kembali terajui UMNO Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/71510545206_ShahidanKassim.jpg)
Shahidan Kassim kembali terajui UMNO Perlis
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyambut baik pelantikan beliau sebagai Pengerusi UMNO Perlis yang berkuat kuasa semalam.