KUALA LUMPUR: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) akan sentiasa berusaha memastikan pelan mitigasi untuk projek-projek 'sakit' dengan kategori pelbagai, berada dalam senarai keutamaan.
Menerusi hantaran dalam laman Facebook pada Khamis, Pengerusi PR1MA yang baharu Datuk Fathul Bari Mat Jahya berkata perkara itu merupakan antara amanat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meminta beliau meneliti isu-isu dan permasalahan melibatkan projek perumahan PR1MA.
"Selepas menerima watikah pelantikan daripada Datuk Seri Ismail Sabri saya sempat 'ngeteh' (minum) dan berbual bersama beliau. Kurniaan mandat tersebut disusuli dengan amanat yang sangat menarik perhatian saya antaranya pertama, perbanyakkan rumah mampu milik untuk rakyat sesuai dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang menyasarkan 500,000 rumah untuk membantu rakyat B40 dan M40.
"Kedua, beliau juga meminta saya meneliti isu-isu dan permasalahan di PR1MA khususnya perihal aduan daripada pembeli berkaitan kerosakan, kelewatan dan lain-lain serta jadikan ia 'first priority'. Kerana pada beliau, segala-galanya bermula di 'rumah'. Rumah membentuk keluarga dan daripada keluarga yang bahagia terbentuknya sebuah negara yang sejahtera," katanya.
Fathul Bari dilantik sebagai Pengerusi baharu PR1MA menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini Menteri Wilayah Persekutuan, berkuat kuasa 12 Nov lepas.
Menurut Fathul Bari, beliau telah mengatur jadual lawatan ke semua tapak projek perumahan PR1MA yang dikategorikan 'sakit' dan bermasalah berdasarkan aduan yang diterima sepanjang Disember ini, bagaimanapun rancangan tersebut terpaksa dilewatkan berikutan beliau disahkan positif COVID-19 dan perlu menjalani kuarantin.
Beliau berkata PR1MA juga berhasrat untuk berpartisipasi dalam melaksanakan sasaran kerajaan untuk membina 500,000 rumah bagi golongan B40 dan M40 dengan menyasarkan 100,000 rumah hingga 2025 demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Fathul Bari berkata sejak penubuhannya, PR1MA telah menyiapkan hampir 25,000 rumah di seluruh negara, namun beberapa tahun kebelakangan ini terdapat isu dan permasalahan yang membentuk persepsi negatif terhadap perbadanan itu disebabkan isu kelewatan, kerosakan, projek terbengkalai, kontraktor bermasalah, krisis politik dan lain-lain.
Beliau berkata sebanyak 41,613 aduan terkumpul telah diterima bermula Januari hingga 30 Nov dan 41,561 aduan telah diambil tindakan manakala baki 52 aduan masih dalam proses penyelesaian.
Selain itu, Fathul Bari berkata Program Homebuyers Review Committee (HRC) PR1MA juga telah mengadakan 12 pertemuan dengan wakil pembeli bagi sembilan projek kediaman berbeza dari Januari hingga November 2021.
"Kami sentiasa terbuka untuk sebarang pandangan, teguran dan kritikan demi pemerkasaan institusi dan jauh lebih besar daripada itu, demi kesejahteraan rakyat khususnya penduduk perumahan PR1MA. Manfaatkanlah platform-platform yang telah kami sediakan. Insya-Allah aduan kalian, keutamaan kami.
"Saya tak ingin menjanjikan bulan dan bintang, cuma saya akan pastikan hasrat Perdana Menteri dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan agar rakyat dapat menikmati rumah mampu milik yang berkualiti dan berdaya huni benar-benar berhasil. Saya akan usahakan sehabis baik, insya-Allah," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Thu Dec 02 2021
PR1MA juga berhasrat untuk berpartisipasi dalam melaksanakan sasaran kerajaan untuk membina 500,000 rumah bagi golongan B40 dan M40 dengan menyasarkan 100,000 rumah hingga 2025 demi kesejahteraan Keluarga Malaysia. - Gambar hiasan
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Bekas Mufti Perlis meninggal dunia
Pemergian Allahyarham disahkan oleh anaknya, Datuk Dr Fathul Bari menerusi hantaran di laman Facebook.
Pelan mitigasi projek 'sakit' jadi keutamaan PR1MA - Fathul Bari
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) akan sentiasa berusaha memastikan pelan mitigasi untuk projek-projek 'sakit' dengan kategori pelbagai, berada dalam senarai keutamaan.
'Kenapa sampai kena selak kain?' - Fathul Bari
Tidak dinafikan golongan transgender atau mak nyah mempunyai hak mereka di negara ini dan diakui tidak pernah berlaku diskriminasi terhadap mereka.
Isu menyusu anak: 'Payu dara bukan untuk tontonan umum' - Fathul Bari
Peserta kempen menyusukan anak yang dianjurkan beberapa kelab ibu menyusu di negara ini perlu mengelak daripada rakaman aksi oleh pihak media yang berisiko menimbulkan pelbagai pandangan.
Fathul Bari mahu artis "berhijrah" lihat kembali motif sebenar, bidas Abby Abadi
Golongan artis yang berhijrah diminta berfikir secara rasional dan jangan keterlaluan menuduh UMNO tidak menyokong penghijrahan mereka.