LONDON: Fatimah Omar Mukhlis yang dimasukkan ke hospital pada Selasa selepas mengalami jangkitan kuman di paru-paru disahkan negatif COVID-19.

Perkara itu dikongsi menerusi Instagram keluarganya, @thefamily.uk yang turut memaklumkan si comel berkenaan yang dilahirkan di United Kingdom (UK) itu kini dalam keadaan stabil.

"Fatimah dalam keadaan stabil but still under observation. Nebuliser off. COVID-19 swab test negative," katanya menerusi entri terbaharu di Instagram, pada Selasa.

Kanak-kanak cilik yang petah loghat Kelantan, Fatimah Omar Mukhlis itu dimasukkan ke hospital selepas mengalami jangkitan kuman di paru-paru.

Populariti diraih si comel, Fatimah, di laman sosial memang cukup hebat apabila Instagram yang sering menampilkan keletah kanak-kanak perempuan itu dan adik-beradiknya diikuti hampir 600,000 orang seawal usianya empat tahun.

BACA: 'Tolong doakan Fatimah' - Sukar bernafas, oksigen menurun, doktor sahkan jangkitan kuman

Fatimah menarik perhatian ramai kerana tidak melupakan bahasa Melayu walaupun membesar di perantauan. Dia juga fasih ‘kecek kelate’ hasil didikan ibu bapanya yang tidak mahu anak mereka melupakan bahasa ibunda.

Selain Melayu, Fatimah juga fasih berbahasa Inggeris dan Siam.