Felcra Berhad akan turut memberi tumpuan terhadap industri keselamatan makanan di samping meneruskan fokus dalam bidang perladangan dan perumahan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zulkarnain Md Eusope berkata fokus agensi berkenaan ialah terhadap tiga bidang melibatkan perladangan tanaman kelapa sawit, getah dan sawah padi.
"Sementara bidang kedua ialah pembangunan hartanah atau perumahan, contohnya membangunkan kawasan tanah terbiar yang pernah dijadikan ladang, menjadi projek perumahan mampu milik dengan memberi keutamaan kepada peserta Felcra.
"Ketiganya dalam bidang keselamatan makanan yang mana kita memerlukan sumber bekalan makanan yang mantap bagi mengurangkan kebergantungan kepada produk import," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian dan Pelancaran Produk Madu Kelulut Weng Valley di Taman Kelulut Teratak Lagenda, Weng di sini, pada Sabtu.
Zulkarnain berkata Felcra Berhad kini sedang menjalankan kajian di beberapa lokasi bagi mengenal pasti kesesuaian tanah sebelum menentukan jenis tanaman yang sesuai ditanam di kawasan terbabit.
"Kita melihat tiga jenis tanaman yang boleh difokuskan iaitu padi yang ketika ini 30 peratus daripada keperluan negara terpaksa diimport, jagung serta tanaman kontan seperti cili, nanas dan kelapa.
"Negara terpaksa mengimport 100 peratus bekalan makanan ternakan, justeru Felcra sedang mengkaji kawasan sesuai untuk melaksanakan projek tanaman jagung secara komersial bagi penghasilan makanan ternakan serta tanaman lain mengikut kesesuaian tanah," katanya.
Selain cili dan kelapa yang terpaksa diimport, beliau berkata Felcra Berhad juga mahu menceburi penanaman nanas manis MD2 yang mempunyai pasaran eksport yang cerah.
Dalam pada itu, Zulkarnain berkata Kedah mempunyai tanah subur dan Felcra Berhad mahu melaksanakan projek yang bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada negeri berkenaan, malah kepada negara.
"Di negara seperti di United Kingdom, Eropah dan Amerika Syarikat, golongan petani merupakan mereka yang paling kaya kerana mengawal hasil tanaman dan saya berharap kita juga dapat mewujudkan keadaan sama di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2017
Felcra Berhad kini sedang menjalankan kajian di beberapa lokasi bagi mengenal pasti kesesuaian tanah sebelum menentukan jenis tanaman yang sesuai ditanam di kawasan terbabit. - Gambar fail
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Felcra Berhad tidak kompromi rasuah
Felcra Berhad Wilayah Perak tidak akan berkompromi dan memandang remeh setiap isu melibatkan integriti dalam kalangan petugas agensi itu, kata Pengurus Besarnya Yusoff Razali.
Kerajaan kenal pasti keluasan tanah untuk aktiviti agromakanan - Zahid
Ahmad Zahid berkata hal ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada peserta Felcra dan generasi seterusnya sebagai tenaga kerja dalam bidang terbabit.
Bantu tiga daerah termiskin antara fokus KKDW bantu Sabah - Ahmad Zahid
Pihak Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sendiri telah menyuarakan saranan, supaya KKDW dapat membantu tiga daerah itu.
Perbicaraan Bung Moktar, Zizie Izette bermula 23 September
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diarah untuk membela diri atas pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan Felcra Berhad.
Bung Moktar, Zizie Izette diarah bela diri atas pertuduhan rasuah
Bung Moktar dan Seri Zizie Izette diarah untuk membela diri atas pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan Felcra Berhad.
Keputusan kes rasuah Bung Moktar, Zizie Izette esok
Ia membabitkan suapan bagi mendapatkan kelulusan Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.
KPLB beri lebih RM10 juta laksana aktiviti perkasa usahawan luar bandar
Penyaluran itu merupakan inisiatif membantu usahawan luar bandar untuk membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
COVID-19: Felcra laksana proses sanitasi, situasi terkawal dan selamat
Operasi pembersihan sanitasi secara menyeluruh melibatkan enam tingkat di Wisma FELCRA bermula pada hari ini dan esok.
COVID-19: Tidak perlu sampai tutup pejabat - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia memadai dengan mengambil langkah pencegahan dan menjalankan disinfeksi.
Bung Moktar dan Zizie mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah babitkan RM2.8 juta
Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan rasuah membabitkan Felcra Berhad berjumlah RM2.8 juta.