MACHANG: FELCRA Berhad menyasarkan gandaan pengeluaran sebanyak tiga juta ayam pedaging setahun selepas projek kompleks di Tanjung Seratus, Pahang yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun ini.
Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, pada fasa pertama projek, pengeluaran ayam pedaging yang mampu dihasilkan hanyalah 1.5 juta setahun sebelum ini.
"Setakat ini perkembangan projek perintis di Tanjung Seratus sudah melebihi 80 peratus dan berjalan dengan baik walaupun agak terlewat beberapa bulan untuk siap kerana faktor cuaca yang tidak dapat dielakkan.
"Walau bagaimanapun, kami yakin dan percaya pada penghujung 2024 ini ia akan dapat beroperasi sepenuhnya dan kami akan menggandakan pengeluaran reban yang dibina secara bertingkat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Kejohanan Sepak Takraw Piala Datuk Ahmad Jazlan Yaakub Tertutup Kelantan di Sekolah Kebangsaan Machang 1, di sini, pada Jumaat.
Oktober tahun lepas, Bernama melaporkan, Ahmad Jazlan memaklumkan pembinaan projek kompleks ternakan ayam pedaging berskala besar secara sistem tertutup di Tanjung Seratus, Pahang meliputi 10 reban dijadualkan siap sepenuhnya pada Februari tahun ini dan berada pada tahap 60 peratus siap, namun sudah beroperasi secara percubaan dengan dua pusingan tuaian hasil.
Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata, walau bagaimanapun, reban-reban sudah siap beroperasi bagi pengeluaran ayam dari semasa ke semasa sementara menunggu reban lain yang masih dalam proses pembinaan.
"Sebelum ini hanya lima pusingan tuaian hasil setiap tahun dan kami berusaha untuk mengeluarkan seboleh-bolehnya enam pusingan setiap tahun.
"Kami mempunyai perancangan untuk memperluas projek kompleks ternakan ayam pedaging di Bagan Datuk (Perak), Padang Terap (Kedah) dan Kuala Lipis (Pahang)," katanya.
Beliau berkata, FELCRA turut melihat potensi Kelantan untuk dijadikan satu daripada pusat ternakan ayam di bawah FELCRA namun lokasinya masih belum dipastikan lagi.
Beliau berkata, dengan kewujudan Pejabat Wilayah FELCRA Kelantan, pihaknya akan mewujudkan satu bahagian khusus keterjaminan makanan negara untuk diperluaskan. - BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024
Ahmad Jazlan berkata, pada fasa pertama projek, pengeluaran ayam pedaging yang mampu dihasilkan hanyalah 1.5 juta setahun sebelum ini. - Gambar Sinar Harian
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Lebih RM23 juta tunggakan premium oleh agensi pembangunan tanah persekutuan - MB Kelantan
Lebih RM23.4 juta jumlah tunggakan premium serta bayaran lain yang belum dijelaskan oleh agensi pembangunan tanah persekutuan di Kelantan.
Tiada penjualan kilang FELCRA Berhad - Ketua Pegawai Eksekutif
FELCRA Berhad mengesahkan tiada sebarang penjualan terhadap kilang pemprosesan buah kelapa sawit milik syarikat itu seperti didakwa.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
FELCRA sasar tiga juta ayam pedaging setahun
FELCRA sasar gandaan pengeluaran sebanyak tiga juta ayam pedaging setahun selepas projek kompleks di Tanjung Seratus, Pahang yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun ini.
KKDW peruntuk RM12.8 juta bagi program pembangunan dan usahawan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM12.8 juta membabitkan 5,757 penerima untuk program pembangunan dan usahawan di negeri ini.
5G: Kerajaan pastikan penduduk luar bandar tidak terpinggir - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata masyarakat luar bandar wajib diberikan kesamarataan dalam mendapat liputan 5G biarpun ketika ini pemasangan 5G mencapai 64 peratus di kawasan berpenduduk tinggi.
FELCRA Berhad dapat kebenaran bawa masuk 5,000 pekerja asing
FELCRA Berhad telah mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk membawa masuk kira-kira 5,000 pekerja asing bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja di ladang sawit dan getah miliknya.
KPLB pertimbang lupus hutang peneroka FELCRA berjumlah RM230 juta
Proses itu ketika ini berada pada peringkat akhir dan akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.
FELCRA kenal pasti hampir 1,500 peneroka bagi tanam semula kelapa sawit
FELCRA Berhad telah mengenal pasti hampir 1,500 peneroka di seluruh negara bagi tujuan penanaman semula kelapa sawit untuk pusingan kedua setelah tanaman itu menjangkau usia 25 hingga 30 tahun.