Skip to main content

Malaysia

Guru tuisyen ditahan disyaki amang seksual lima pelajar lelaki

Menurut Fadil, polis menerima lima laporan berasingan di Balai Polis Bukit Jalil yang membabitkan mangsa remaja dan kanak-kanak lelaki. - Gambar Bernama
Menurut Fadil, polis menerima lima laporan berasingan di Balai Polis Bukit Jalil yang membabitkan mangsa remaja dan kanak-kanak lelaki. - Gambar Bernama

Advertisement

KUALA LUMPUR: Seorang guru tuisyen ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki melakukan amang seksual dan persetubuhan luar tabii terhadap lima pelajar lelaki dalam kejadian di ibu negara, baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejadian berkenaan dipercayai berlaku di rumah suspek yang turut dijadikan sebagai pusat tuisyen.

Susulan itu, beliau berkata, polis menerima lima laporan berasingan di Balai Polis Bukit Jalil yang membabitkan mangsa remaja dan kanak-kanak lelaki.

“Laporan polis pertama dibuat pada 6 Oktober, diikuti laporan kedua pada 10 Oktober, manakala tiga lagi laporan diterima pada 11 Oktober,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Serentak itu, Fadil berkata, polis menjalankan siasatan lanjut selain mendapatkan keterangan daripada mangsa dan ahli keluarga mereka.

Kata Fadil, ahli keluarga mangsa, pihak sekolah serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) turut memberikan kerjasama penuh kepada polis sepanjang siasatan dijalankan.

Menurutnya, suspek telah ditahan dan kini direman bagi membantu siasatan lanjut.

"Suspek ditangkap dan kini berada dalam tahanan reman.

"Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792)," jelas beliau lagi.

Fadil turut memaklumkan, siasatan berhubung kes berkenaan masih diteruskan.

Must Watch Video

Advertisement