awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Felo Akademik UUM umum cabar Syed Saddiq

Bernama
Bernama
08/02/2020
10:01 MYT
Felo Akademik UUM umum cabar Syed Saddiq
Muhammad Muzzammil mengumumkan hasratnya untuk mencabar Syed Saddiq bertanding jawatan Ketua Armada Bersatu pada pemilihan parti itu nanti.
Felo Akademik Universiti Utara Malaysia, Muhammad Muzzammil hari ini mengumumkan hasratnya untuk bertanding bagi jawatan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu nanti.
Muhammad Muzzammil, 30, yang merupakan Exco Armada Nasional membuat pengumuman berkenaan di Majlis Pelancaran Pertubuhan Angkatan Baru Malaysia di sini hari ini.
Katanya, beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan berkenaan kerana merasakan Armada kini mengalami gelombang penolakan oleh anak muda dan memerlukan barisan pimpinan yang mempunyai hala tuju jelas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Matlamat utama saya adalah untuk menaikkan kembali nama dan jenama Armada agar ia kembali menjadi pilihan anak muda seperti mana ketika sebelum PRU ke 14 lepas," katanya.
Dengan pengumuman berkenaan, ia menjadikan Ketua Armada ,Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sebelum ini mengumumkan akan mempertahankan jawatannya itu bakal berhadapan dengan sekurang-kurangnya dua pencabar, yakni Muhammad Muzzammil dan Ketua Cawangan Armada Seaview Park, Pulau Pinang, Razalif Mohd Zain, 30. BACA: Penerbit filem cabar Syed Saddiq tanding Ketua Armada Bersatu
Syed Saadiq adalah Menteri Belia dan Sukan, yang juga Ahli Parlimen Muar.
Majlis hari ini turut menyaksikan seorang lagi Exco Armada Nasional, Abu Hafiz Salleh Hudin, 31, mengumumkan jasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Armada. - BERNAMA BACA: Tiga jawatan utama Bersatu dapat sokongan tidak dipertandingkan
Topic Berkaitan
#Felo Akademik UUM
#Ketua Armada
#Muhammad Muzzammil
#Razalif Mohd Zain
#Syed Saddiq dicabar
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan