awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fenomena air pasang Kuala Kedah: Penduduk diingatkan supaya tidak ambil ringan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
11/09/2022
07:26 MYT
Fenomena air pasang Kuala Kedah: Penduduk diingatkan supaya tidak ambil ringan
Paras air laut meningkat setinggi 2.9 meter mengakibatkan air melimpah dan memenuhi jalan raya dan premis perniagaan.
ALOR SETAR: Kuala Kedah sekali lagi dinaiki air susulan fenomena air pasang besar yang berlaku hari ini.
Ketua Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, paras air laut meningkat setinggi 2.9 meter mengakibatkan air melimpah dan memenuhi jalan raya dan premis perniagaan sejak jam 12.30 tengah hari.
“Fenomena air pasang besar melanda negeri ini selama tiga hari bermula semalam sehingga esok.
"Paras air laut mencecah setinggi 2.9 meter dan memasuki kediaman penduduk yang tinggal di pesisir pantai namun ia surut sejam kemudian,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Saifuddin berkata, semua pegawai dan anggota APM ditempatkan di kawasan dijangka terjejas iaitu di kawasan Kuala Kedah dan Tanjung Dawai di Kuala Muda.
Katanya, lima lokasi lain yang turut terjejas antaranya Kuala Jerlun di Kubang Pasu, daerah Kuala Muda, Kuala Sala dan Kuala Yan di Yan, Kuala Kedah serta Langkawi.
Justeru Saifuddin meminta semua penduduk tidak mengambil ringan dan bersiap sedia kerana fenomena air pasang besar ini boleh mengakibatkan berlakunya banjir kilat sekiranya hujan lebat.
Sementara itu seorang peniaga kedai makan, Jariah Ahmad, 45, berkata, ini kali ketiga dalam tahun ini berlaku fenomena air pasang besar dan dia telah melakukan persiapan awal dengan memindahkan barangan di tempat tinggi.
“Saya tidak mahu kejadian berlaku sebelum ini berulang, di mana saya mengalami kerugian yang besar akibat barangan semua rosak akibat ditenggelami air,” katanya.
Topic Berkaitan
#air pasang
#Kuala Kedah
#pertahanan awam
#limpahan air laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan