KUALA LUMPUR: Fenomena El Nino dijangka menjadi lebih ekstrem dengan peningkatan suhu dan pengurangan jumlah taburan hujan di seluruh negara pada tahun ini, susulan faktor pemanasan global yang dihadapi dunia pada masa ini.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, lazimnya El Nino yang berintensiti kuat akan memberi impak signifikan terhadap corak cuaca negara terutamanya ketika fasa akhir Monsun Timur Laut dan musim selepasnya.
Beliau berkata fenomena sedemikian dapat dilihat seperti yang pernah berlaku pada 1997 hingga 1998 dan 2015 hingga 2016.
"Bagi menghadapi fenomena El Nino ini, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) bersiap siaga lebih awal iaitu saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Bil.1 Tahun 2023 pada 26 Mei 2023 dan Bil. 2 pada 12 Sept 2023.
"Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk melaporkan status terkini keadaan cuaca, tinjauan cuaca, status kualiti udara, merancang tindakan dan strategi bagi mencegah pembakaran terbuka serta jerebu setempat di samping mengatur persediaan menghadapi kemungkinan berlakunya jerebu merentas sempadan," katanya.
Nik Nazmi berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan Forum Iklim Kebangsaan 2023 'Waspada El Nino Hadapi Monsun Timur Laut' menerusi Facebook Live Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hari ini.
Selain itu, beliau berkata beberapa langkah proaktif turut dilaksanakan antaranya pengaktifan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) dan memperkasa pemantauan komuniti melalui Program Pasukan Pemantau Pencemaran (3P).
Dalam perkembangan lain, beliau berkata MetMalaysia juga membangunkan sistem ramalan awal bagi memantau kemungkinan berlakunya kebakaran hutan dan tanah gambut dalam negara dikenali sebagai Sistem Risiko Bahaya Kebakaran (FDRS).
Menurutnya, sistem itu ditambah baik dengan keupayaan untuk menyediakan maklumat ramalan sehingga tujuh hari ke hadapan berserta capaian kepada Web Map Service (WMS) yang membolehkan sistem berkenaan bersifat interaktif dan mesra pengguna.
"Saya amat percaya dan yakin, MetMalaysia sentiasa komited dan peka dalam meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana cuaca ekstrem dan banjir mahupun cuaca panas.
"Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), melalui Projek Menaik Taraf Stesen Pencerapan Cuaca Permukaan, sebanyak 100 stesen pencerapan cuaca konvensional akan dinaik taraf kepada stesen meteorologi auksiliari automatik yang berteknologi tinggi," katanya.
Nik Nazmi berkata projek sedemikian mampu mengoptimumkan keupayaan sistem rangkaian cuaca sedia ada dan meningkatkan perkhidmatan pemantauan cuaca berterusan, ramalan cuaca semasa serta penyampaian amaran cuaca buruk kepada masyarakat
Mengenai forum pada hari ini, beliau berkata ia juga antara inisiatif dalam mempertingkatkan program komunikasi dan kesedaran awam yang melibatkan penyertaan komuniti sebagai tindakan pencegahan.
Forum itu disertai tiga ahli panel iaitu Pengarah Kanan Pusat Instrumentasi Meteorologi dan Sains Atmosfera MetMalaysia Ambun Dindang, Pengarah Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Dr Norlida Mohd Dom dan Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Nazaruddin Sharaai.
Program berlangsung lebih dua jam itu dikendalikan Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip selaku moderator.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023
Lazimnya El Nino yang berintensiti kuat akan memberi impak terhadap corak cuaca terutamanya ketika fasa akhir Monsun Timur Laut dan musim selepasnya. - Gambar hiasan
Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, semua anggota bertugas diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.
AWANI-RareTV: Melawat pintu sempadan negara tertinggi di dunia
Lebih tinggi daripada puncak Kinabalu, pintu sempadan negara tertinggi di dunia terletak di Pakistan.
Pengawal peribadi kawal skuad Gergasi Merah
SELANGOR FC mengetatkan kawalan terhadap kesemua barisan pemain dan pengurusan bagi mengelakkan sebarang insiden jenayah berlaku kepada skuad Gergasi Merah itu.
Selangor sanggup bayar kerugian Piala Sumbangsih
SELANGOR FC sanggup menerima apa sahaja hukuman termasuk membayar kerugian susulan skuad Gergasi Merah itu menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
5,000 unit artifak kebudayaan dipindahkan ke Muzium Negara Afghanistan
Usaha yang besar telah dilakukan untuk memelihara dan melindungi warisan bersejarah di negara yang dilanda perang itu.
MITI rangka strategi pelbagaikan perdagangan, tumpu negara bukan tradisi - Tengku Zafrul
Dengan cabaran geopolitik yang mengurangkan jumlah perdagangan global, kementerian itu kini memfokuskan kepada negara di rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah.
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Fokus Minggu Depan: Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Sabtu malam
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.
Semua berada di belakang Selangor FC - Nidzam
Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil percaya sokongan tidak berbelah bahagi diterima skuad Gergasi Merah itu selepas kejadian menyedihkan menimpa Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.
Gelombang haba ragut 61 nyawa setakat ini di Thailand
Gelombang haba luar biasa dengan suhu yang dirasai melebihi 52 darjah Celsius setakat ini telah meragut 61 nyawa di Thailand.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
El Nino: Bekalan lembu, kambing korban mencukupi - Mohamad Sabu
Bekalan lembu dan kambing bagi keperluan sambutan Aildiladha adalah mencukupi biarpun negara berhadapan cuaca panas susulan fenomena El Nino.
Cuaca panas: Felda Tenang, Felda Belara rekod suhu lebih 37 darjah Celsius
Dua lokasi tersebut mencatatkan suhu terendah 37.3 darjah Celcius sementara suhu tertinggi 38.3 darjah Celcius.
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.
Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan beli pam baharu untuk petani, pesawah di Kelantan
Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membeli pam-pam baharu bagi kegunaan para petani dan pesawah di Kelantan.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Dunia rekodkan suhu terpanas sejak 1850
Punca utama haba luar biasa adalah pelepasan gas rumah hijau yang disebabkan oleh manusia, kata Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus EU.
Proses pembenihan awan hasilkan 67 peratus hujan di Sabah
Proses pembenihan awan yang dijalankan selama tiga hari bermula Khamis lepas di tiga daerah di Sabah berjaya menghasilkan 67 peratus hujan, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.