NATIONAL
Feri Langkawi tersangkut: Maritim Kuala Kedah bantu pindah penumpang, wanita sesak nafas

Operasi pemindahan penumpang dan kru feri sedang dilakukan ketika ini dengan menggunakan aset bot Maritim. - Foto APMM
KUALA KEDAH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kedah sedang melakukan usaha pemindahan 547 orang penumpang dan kru feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang terkandas di Muara Kuala Kedah akibat air surut pada jam 4.15 petang tadi.
Pengarah Zon Maritim Zon Maritim Kuala Kedah, Noor Azreyanti Ishak berkata, terdapat beberapa penumpang mengalami sesak nafas dan telah diberi bantuan awal pasukan Medical Evacuation (MEDEVAC).
“Operasi pemindahan penumpang dan kru feri sedang dilakukan ketika ini dengan menggunakan aset bot Maritim.
“Aset terlibat ialah Bot Perkasa 1224 Maritim Malaysia serta dibantu beberapa bot nelayan tempatan berikutan hanya bot kecil sahaja boleh merapat di feri tersebut dalam usaha untuk membawa penumpang,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sebuah feri yang membawa seramai 547 penumpang dan kru kapal dari Kuala Kedah ke Langkawi tersangkut akibat air laut surut petang tadi. - Foto APMM
Noor Azreyanti berkata, sehingga kini proses membawa keluar kesemua penumpang feri masih giat dilakukan.
Katanya, Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi juga telah dimaklumkan dan koordinasi lanjut sedang dilaksanakan bagi memastikan kesemua penumpang selamat dipindahkan ke darat.
Perkembangan semasa kejadiankatanya akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa.

Terdapat beberapa penumpang mengalami sesak nafas dan telah diberi bantuan awal pasukan Medical Evacuation (MEDEVAC). - Foto APMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami