awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Feri terkandas berjaya ditunda ke Terminal Feri Kuala Kedah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
23/10/2022
16:40 MYT
Feri terkandas berjaya ditunda ke Terminal Feri Kuala Kedah
Feri membawa 547 orang penumpang dan kru yang terkandas di muara Kuala Kedah akibat air laut surut, berjaya ditunda ke Terminal Feri Kuala Kedah. - Foto JBPM
ALOR SETAR: Feri membawa 547 orang penumpang dan kru yang terkandas di muara Kuala Kedah akibat air laut surut, berjaya ditunda ke Terminal Feri Kuala Kedah, pada Ahad malam.
Pegawai operasi sektor Ferrylines Ventures Sdn Bhd, Ahmad Azizan Ahmad, berkata feri Express Bahagia 98 ditunda oleh bot tunda milik salah sebuah syarikat kargo dan selamat merapati jeti pada jam 9.25 malam.
Menurut Ahmad Azizan, seramai 272 orang penumpang berjaya dibawa keluar secara berperingkat oleh bot PERKASA 1224 Maritim Malaysia, bot ronda PSC 19 Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta bantuan daripada beberapa bot nelayan tempatan sekitar Kuala Kedah dan Yan.
Manakala baki penumpang selebihnya selamat tiba dengan feri yang ditunda.
"Feri itu terkandas disebabkan air surut, jadi agensi penguatkuasa tidak dapat merapati feri... jadi, kena tunggu air pasang dahulu baru boleh rapat," katanya.
Sementara itu, Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, operasi memindahkan penumpang turut berdepan kesukaran kerana beberapa kali enjin bot PERKASA 1124 tersekat disebabkan air cetek dan permukaan lantai laut yang berselut.
BACA: Feri Langkawi tersangkut: Maritim Kuala Kedah bantu pindah penumpang, wanita sesak nafas
BACA: Feri Langkawi tersangkut: Suasana panik tercetus kerana suhu dalam feri panas - Mangsa
Katanya, turut sama dalam operasi adalah Jabatan Laut Malaysia (JLM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), dan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.
Dalam kejadian jam 4.15 petang Ahad feri penumpang yang membawa 547 penumpang dan kru terkandas di posisi 1.2 batu nautika dari muara Kuala Kedah.
Topic Berkaitan
#feri terkandas
#feri Langkawi tersangkut
#berjaya ditunda
#Terminal Feri Kuala Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan