FFC x TMTG: Proses tribunal dijangka selesai tengah malam ini, 7 tandatangan surat deportasi

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Kamarul Zaman Shahrul Anwar berkata, tujuh delegasi telah memandatangani surat deportasi manakala dua lagi dijangka selesai dalam masa terdekat. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Proses tribunal sembilan delegasi Malaysia dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition – Thousand Madleens to Gaza (FFC–TMTG) dijangka selesai tengah malam ini.
Ringkasan AI
- Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE Kamarul Zaman Shahrul Anwar memaklumkan proses tribunal sembilan delegasi Malaysia dalam misi FFCTMTG dijangka selesai tengah malam ini.
- Tujuh delegasi telah menandatangani surat deportasi manakala dua lagi masih menunggu proses selesai dengan bantuan peguam ADALAH.
- Kapal Conscience dan Umm Saad yang membawa sembilan rakyat Malaysia, termasuk wartawan Astro AWANI Syafik Shukri Abdul Jalil, dipintas tentera Israel dan dibawa ke Pelabuhan Ashdod.
"Pihak MyCARE masih menunggu laporan dari peguam ADALAH dan dijangka proses tribunal akan selesai pada tengah malam ini waktu Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat MyCARE di sini, malam ini.
Jelas Kamarul Zaman, peguam ADALAH telah bertemu 100 daripada 145 delegasi yang ditahan rejim zionis setakat jam 3 petang tadi.
Terdahulu, sembilan kapal misi Freedom Flotilla Coalition – Thousand Madleens to Gaza (FFC-TMTG) dipintas tentera Israel sebelum dibawa ke Pelabuhan Ashdod.
Kapal Conscience yang membawa lapan rakyat Malaysia tiba di pelabuhan berkenaan pada 12.45 tengah malam tadi, manakala kapal terakhir, Umm Saad yang dinaiki seorang lagi rakyat Malaysia tiba sekitar 6 pagi waktu Malaysia.
Turut serta berada di atas kapal berkenaan wartawan Astro AWANI, Syafik Shukri Abdul Jalil.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami