SHAH ALAM: Figura badut mencuri tumpuan di PPV Dewan Gemilang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika hadir bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Dalam satu hantaran video berdurasi 10 saat di Facebook Clownbadutmagic Uncle Belon, kelihatan seorang individu mengenakan persalinan lengkap pakaian badut ketika menerima suntikan vaksin COVID-19 sambil menghiburkan petugas barisan hadapan.
Individu tersebut merupakan Mohd Rizal Yusoff, 45, yang sebelum ini merupakan badut sepenuh masa namun kini bekerja sebagai perunding takaful dan Amanah Saham selepas bisnesnya terkesan akibat penularan COVID-19.
Mohd Rizal yang berasal dari Shah Alam itu berkata, idea tersebut sebenarnya bertujuan untuk mempromosikan semula bisnes badut yang mungkin dilupakan kerana sudah lama tiada majlis keramaian atau parti diadakan.
"Seperti saya sendiri memang terkesan kerana sebelum ini boleh menjana pendapatan empat angka seminggu namun disebabkan pandemik COVID-19, pendapatan bukannya berkurangan tetapi tiada langsung.
"Jadi sekurang-kurangnya bila saya berpakaian sebegini dan kalau tular ia mungkin dapat bantu kawan-kawan badut di luar sana selepas ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Dalam pada itu, dia berharap dengan mengenakan persalinan tersebut dapat membantu menceriakan petugas barisan hadapan di PPV berkenaan.
"Setiap hari mereka tengok orang yang sama mesti bosan jadi saya ingin bawa kelainan dengan berpakaian lain dari orang lain.
"Saya harap dengan berpakaian seperti ini dapat menambah 'mood' dan menggembirakan petugas barisan hadapan dalam membantu memberikan vaksin COVID-19," katanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Figura badut curi tumpuan di PPV UKM
Sinar Harian
Sun Jul 18 2021
Mohd Rizal ketika menghiburkan petugas barisan hadapan di PPV UKM. - Foto Clownbadutmagic Uncle Belon
'Tiada niat raih simpati, itu satu-satunya kenderaan kami ada'
Keluarga bayi berusia 11 bulan yang terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan apabila kisah kesukaran mereka mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Syarikat 'telco' diharap percepat muktamad perjanjian pegangan ekuiti dalam DNB - Fahmi
Syarikat telekomunikasi diberi masa 20 hari untuk membuat keputusan bagi memuktamadkan pegangan ekuiti dalam DNB.
Mahkamah tolak pengakuan bersalah lelaki hantar komunikasi seksual
Mahkamah Masjitret di sini, pada Selasa, menolak pengakuan bersalah seorang warga Indonesia yang dituduh berkomunikasi secara seksual dengan seorang remaja perempuan bawah umur berusia 17 tahun.
Pantau Agenda Reformasi: Implikasi permohonan waran tangkap ICC terhadap PM Israel
Apa yang perlu kita fahami tentang implikasi tindakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang memohon waran tangkap terhadap pemimpin tertinggi Israel dan Hamas berhubung konflik berdarah di wilayah Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu?
Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad, Pakar Perundangan dan Hak Asasi Manusia UiTM ada perinciannya.
Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad, Pakar Perundangan dan Hak Asasi Manusia UiTM ada perinciannya.
Niaga AWANI: China konsisten alu-alukan pelaburan asing
Bank Pembangunan Asia meramalkan bahawa China akan menyumbang 46 peratus kepada pertumbuhan ekonomi di negara-negara membangun di Asia pada tahun ini dan tahun depan.
Niaga AWANI: Samsung Electronics pilih eksekutif veteran, tangani krisis cip
Samsung melantik Young Hyun Jun, berkuat kuasa serta-merta, memindahkannya daripada peranan sebagai ketua unit perancangan perniagaan masa depan.
Niaga AWANI: Kenanga kekalkan unjuran pertumbuhan pada 9.4 peratus tahun ini
Ia kebanyakannya disebabkan oleh jangkaan kitaran naik teknologi dan pemulihan ekonomi China, disokong oleh rangsangan berterusan daripada kerajaan China.
Niaga AWANI: Rakyat Malaysia bimbang penipuan berkaitan pembayaran - Fico
Perlindungan penipuan dilihat cukup penting, dengan kemudahan penggunaan dan perlindungan yang baik menjadi pertimbangan utama untuk memilih penyedia perkhidmatan kewangan.
Presiden baharu Iran bakal berdepan cabaran tangani inflasi
Presiden baharu Iran dijangka bakal berdepan cabaran dalam menangani krisis ekonomi di negara Republik Islam itu.
Polisi luar negara Iran akan kekal, tidak berubah
Polisi luar negara Iran akan kekal dan tidak berubah terutamanya melibatkan pendirian negara itu yang kekal tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah walaupun negara itu bakal dipimpin oleh presiden baharu kelak.
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.