awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Final Piala Malaysia: Beberapa jalan sekitar Stadium Bukit Jalil ditutup sementara

Bernama
Bernama
26/04/2025
06:20 MYT
Final Piala Malaysia: Beberapa jalan sekitar Stadium Bukit Jalil ditutup sementara
Beberapa jalan di sekitar Stadium Bukit Jalil akan ditutup dan dilencongkan mulai 2 petang ini bagi aksi final Piala Malaysia 2024-2025 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sri Pahang FC yang berlangsung malam ini. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar Stadium Bukit Jalil akan ditutup dan dilencongkan mulai 2 petang ini bagi aksi final Piala Malaysia 2024-2025 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sri Pahang FC yang berlangsung malam ini.

Ringkasan AI
  • Beberapa jalan di sekitar Stadium Bukit Jalil akan ditutup dan dilencongkan mulai 2 petang ini bagi aksi final Piala Malaysia 2024-2025.
  • JSPTKL akan menugaskan 180 pegawai dan anggota untuk memastikan kelancaran aliran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya serta penyokong.
  • Pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan pengangkutan awam untuk mengelak kesesakan lalu lintas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa dalam kenyataan hari ini berkata penutupan dan lencongan secara berperingkat bagi memastikan kelancaran aliran trafik, keselamatan pengguna jalan raya serta penyokong yang hadir itu akan dilaksanakan hingga tamat perlawanan.
Beliau berkata jalan terlibat ialah susur Lebuhraya Shah Lama (KESAS) ke lampu isyarat SUKOM, lampu isyarat SUKOM ke arah Jalan Merah Cagar, Jalan Barat dari Lebuhraya KESAS, Jalan Barat/Jalan Radin, Jalan Barat/Lebuhraya KESAS, susur ke Jalan Barat dari arah Bulatan Lumba Kuda dan susur Puchong Link ke Jalan Barat.
"JSPTKL akan menugaskan 180 pegawai dan anggota bermula seawal 10 pagi, merangkumi rondaan di sekitar stadium dan menutup serta melencongkan jalan-jalan terlibat.
"Pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal, mematuhi papan tanda dan arahan pegawai trafik di lokasi. Orang ramai turut digalakkan menggunakan pengangkutan awam ke Stadium Bukit Jalil bagi mengelak kesesakan lalu lintas," katanya.
Beliau berkata orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee menerusi talian 03-20719999, Hotline JSPTKL 03-20260267/0269 atau mana-mana balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Stadium Nasional Bukit Jalil
#JSPTKL
#Piala Malaysia
#jalan ditutup sementara
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan