Satu akta perlu diwujudkan untuk mengawal selia kandungan filem atau program yang disediakan di platform digital terutama video atas permintaan (VOD) atau penyedia penstreaman video.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata tindakan itu perlu memandangkan kandungan digital seperti Netflix tidak ditapis selain mempunyai rangkaian yang lebih meluas berbanding rangkaian televisyen tempatan.
"Kalau kita kawal kandungan di platform media tempatan sahaja tetapi kandungan (dalam talian) program antarabangsa terbuka kepada sesiapapun, ia akan tetap merisikokan pembangunan minda anak-anak kita.
"Ia akan bertentangan dengan arah tuju Finas dalam menghasilkan kandungan yang mana kita perlu menerapkan nilai kekeluargaan, identiti, budaya dan nilai murni lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keluarga Sejahtera 2019 di sini pada Sabtu.
Ahmad Idham berkata pihaknya telah berjumpa dengan Lembaga Penapisan Filem dan menyuarakan isu tersebut memandangkan pelaksanaan untuk mewujudkan undang-undang berkenaan adalah di luar bidang kuasa Finas.
"Kita buat pelbagai inisiatif untuk menjaga kandungan tapi jika kita ada platform yang dedah apa sahaja, yang kita sendiri tak kawal, akhirnya tiada siapa nak tengok kandungan (televisyen) kita kerana banyak sekatan walhal ada sebab kita tapis," jelasnya.
Ahmad Idham berkata pihak kini merancang untuk memperbanyakkan program dan kempen dalam memberi kesedaran serta mendidik pemain industri tentang kepentingan tanggungjawab bersama memaparkan kandungan yang boleh menjana minda masyarakat.
Pihaknya juga bercadang untuk melakukan program libat urus dengan masyarakat agar mereka memahami tentang kepentingan untuk mengawal kandungan filem dan program yang disiarkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 16 2019
Ahmad Idham berkata pihaknya telah berjumpa dengan Lembaga Penapisan Filem dan menyuarakan isu tersebut. - fotoBERNAMA
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Anak Perjanjian Syaitan 2 kini ditayang di Pakistan
Selepas berjaya meraih kutipan RM3.5 juta di negara ini, filem Anak Perjanjian Syaitan 2 kini ditayangkan di Pakistan.
PRU15: Pencalonan Aminuddin, laporan Ahmad Idham wajar diteliti SPR - Kamalanathan
Kamalanathan berkata, walaupun beliau percaya Aminuddin berkemungkinan telah melakukan semakan dari pelbagai aspek namun SPR wajar menelitinya.
PRU15: GTA Negeri Sembilan calonkan Ahmad Idham tanding di PD
Mohamad Jani berkata, nama bekas Ketua Pegawai Eksekutif Finas itu telah dibawa ke peringkat pucuk pimpinan.
Ahmad Idham dilantik Ketua Penerangan GTA Negeri Sembilan
Pengumuman itu dibuat Pengerusi GTA Negeri Sembilan, Zamani Ibrahim sewaktu mesyuarat gerakan berkenaan yang diadakan di Seremban, pada Ahad.
Ahmad Idham, Eizlan Yusof sumbang khidmat negara - Saifuddin Abdullah
Daripada jawatan JUSA B, Ahmad Idham turun ke Gred 54 sementara Eizlan tidak dibayar gaji, jelas Saifuddin Abdullah.
Finas ingatkan syarikat produksi patuhi SOP penggambaran Fasa Dua PPN
Syarikat produksi mesti melaksanakan penggambaran luar yang terasing, terhad dan terkawal mengikut Protokol Gelembung Penggambaran di negeri Fasa Dua PPN.
Syarikat penerbitan 'peram' geran PELAKSANA berdepan pembatalan insentif
Syarikat penerbitan yang didapati menyalahgunakan geran diperoleh melalui Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) bakal berdepan dengan tindakan pembatalan insentif berkenaan.
Ahmad Idham dilantik semula sebagai CEO FINAS
Pelantikan tersebut berkuatkuasa selama dua tahun iaitu bermula 5 Jun 2020 sehingga 6 Jun 2022.
Ahmad Idham tinggalkan Finas bukan kerana kontroversi Netflix - Gobind
Gobind Singh Deo tidak merasakan pengunduran lebih awal Ahmad Idham Ahmad Nadzri ada kena mengena dengan komennya berkenaan sekatan kandungan Netflix.
Ahmad Idham direhatkan sebagai CEO FINAS?
Kedudukan Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai CEO FINAS difahamkan 'tidak lagi selamat' dan berkemungkinan digantikan dengan individu lain.