KUALA LUMPUR: MIDF Research mengekalkan saranan 'beli' ke atas Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd dengan harga sasaran disemak semula pada RM5.08 daripada RM4.60 sesaham.
Perkembangan itu susulan daripada tawaran bersyarat Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR) bagi membeli semua sekuriti Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) dan syarikat bersekutu 50 peratusnya, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd (SPRINT) dengan gabungan nilai perusahaan (EV) sebanyak RM3.93 bilion dengan andaian janji niaga itu dapat direalisasikan.
LITRAK adalah konsesi bagi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) manakala SPRINT merupakan pemegang konsesi bagi Lebuhraya SPRINT.
"Tiada sebarang kenaikan kadar tol sehingga tamat tempoh konsesi dan ini bakal memberi penjimatan kira-kira RM4.3 bilion (tidak termasuk pengecualian cukai RM0.7 bilion) kepada kerajaan dalam subsidi tol.
"Penerbitan sukuk dianggarkan RM5.5 bilion bagi membiayai keseluruhan pengambilalihan serta tol yang dijangka tamat pada akhir Mei 2032 (berdasarkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun volum tarfik sebanyak 1.7 peratus tahun) sebaik pembayaran balik sukuk terbabit selesai sepenuhnya dengan lebuh raya itu diserahkan semula kepada kerajaan," katanya.
Firma penyelidikan itu berkata, kesemua aliran tunai yang dikutip akan dimanfaatkan bagi membayar faedah dan prinsipal manakala sebarang lebihan dana akan digunakan untuk penebusan awal sukuk terbabit.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan berkemungkinan melanjutkan tempoh konsesi bagi lebuh raya itu sehingga 10 tahun sebagai penyediaan penampan jika terdapat kekurangan dalam volum trafik yang diunjurkan.
"Kami percaya bahawa tawaran itu adalah menarik untuk dipertimbangkan oleh pemegang saham.
"Jika dibandingkan, tawaran oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan kepada LITRAK Holdings pada Jun 2019 melibatkan harga tawaran RM5.21 sesaham yang mewakili harga pada nilai buku (P/BV) sebanyak 2.96 kali," kata MIDF Research.
Ia juga percaya bahawa susulan unjuran peningkatannya, para pelabur perlu menerima tawaran itu sebagai strategi keluar berikutan LDP dan SPRINT kekurangan pemangkin.
Menurut MIDF Research, purata trafik bertol bagi lebuh raya ini sememangnya menurun sejak beberapa tahun lepas akibat peningkatan penggunaan pengangkutan awam, terutama LRT dan MRT.
"Malah, dengan siapnya kemudahan laluan MRT2 dan MRT3 dijangka memberi tekanan penurunan seterusnya ke atas volum trafik bertol," katanya.
Sementara itu, Maybank Investment Bank (IB) pula melihat cadangan itu sebagai tawaran saling menguntungkan bagi LITRAK, kerajaan, (penjimatan dari segi pampasan tol yang perlu dibayar) dan pengguna lebuh raya (dengan kepastian tiada kenaikan kadar tol sehingga pertengahan 2032 atau lebih awal, apabila konsesi itu dijangka dikembalikan kepada kerajaan).
Maybank IB turut mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran RM4.85 sesaham.
Setakat 11 pagi ini, harga saham Lingkatan Trans Kota naik 44 sen kepada RM4.47 dengan 3.32 juta saham saling berpindah tangan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 05 2022
LITRAK adalah konsesi bagi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Firma penyelidikan saran 'beli' saham Lingkaran Trans Kota susulan tawaran ALR
LITRAK adalah konsesi bagi Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) manakala SPRINT merupakan pemegang konsesi bagi Lebuhraya SPRINT.