awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fisol Ketua Polis Kedah yang baharu

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
06/06/2023
05:02 MYT
Fisol Ketua Polis Kedah yang baharu
Fisol (kanan) mengambil alih tugas Datuk Wan Hassan Wan Ahmad yang kembali ke Bukit Aman dilantik sebagai Komisioner Polis Pentadbiran Jabatan Pengurusan. - Foto Astro AWANI
ALOR SETAR: Bekas Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh dilantik sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Beliau mengambil alih tugas Datuk Wan Hassan Wan Ahmad yang kembali ke Bukit Aman selepas dilantik sebagai Komisioner Polis Pentadbiran Jabatan Pengurusan.
Majlis serah terima tugas itu disaksikan, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Seri Azri Ahmad.
Beliau kemudiannya melaksanakan upacara pemakaian pangkat Komisioner Polis (CP) kepada Fisol sebelum majlis serah terima tugas berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di sini.
Pada majlis sama turut berlangsung, majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kedah antara Datin Sarihah Jusoh dengan Datin Norli Ahmad.
Fisol, 56, yang berasal dari Jitra, Kedah menyertai Polis Diraja Malaysia pada 1986.
Sepanjang 37 tahun berkhidmat, beliau pernah memegang beberapa jawatan antaranya Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Khas) dari 2019 hingga 2020 dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak dari 2020 hingga 2021.
Pada majlis itu Azri berharap Fisol dapat menggunakan pengalaman dan pengetahuan yang ada untuk menerajui Kontinjen Kedah bagi mengekalkan legasi sedia ada selain memastikan keselamatan rakyat di negeri ini sentiasa terjaga.
"Fisol merupakan anak jati Kedah, jadi dia pulang untuk menabur bakti dan dengan pengalaman luasnya, saya yakin dia mampu memastikan keselamatan dan keamanan Kedah lebih terjamin. Saya berharap semua warga Kontinjen Kedah dapat memberi sokongan padu kepada ketua polis yang baharu," katanya.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Kedah
#Fisol Salleh
#Wan Hassan Wan Ahmad
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan