awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Festival Muzikal Air akan disesuaikan - Zahid Hamidi
Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
Arab Saudi gantung kontrak 1,800 agensi pelancongan umrah asing kerana tidak patuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fitnah seleweng duit kementerian, Rafizi saman Wan Ahmad Fayhsal

Sinar Harian
Sinar Harian
14/09/2024
11:37 MYT
Fitnah seleweng duit kementerian, Rafizi saman Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal mengulang siar hantaran di laman sosial X dengan kenyataan mendakwa Rafizi menggunakan wang kementerian membayar cybertrooper. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bakal memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal susulan dakwaan menyeleweng duit kementerian.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, beliau telah memohon pihak peguamnya memulakan proses saman Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu kerana membuat fitnah secara terbuka.
“Saya tidak pernah saman sesiapa tetapi fitnah Yang Berhormat Machang ini adalah kes yang sangat jelas apabila dibawa ke mahkamah,” tulisnya menerusi satu hantaran di laman sosial, X pada Sabtu.
Saya telah mohon pasukan peguam saya untuk memulakan proses saman terhadap @wanfayhsal kerana membuat fitnah terbuka bahawa saya: 1) Saya membela macai (iaitu saya membayar cybertrooper) 2) Saya menyeleweng duit Kementerian membayar cybertrooper Saya tidak pernah saman https://t.co/VQkqmgsswP
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) September 14, 2024
Sebelum ini, Wan Ahmad Fayhsal menerusi X telah mengulang siar satu hantaran dengan kenyataan yang mendakwa Rafizi menyeleweng duit kementerian bagi tujuan membayar ‘cybertrooper’.
Hantaran yang diulang siar itu memaparkan gambar ‘Pelan Kempen Fasa 1’ dengan huraian seorang pempengaruh media sosial ditugaskan untuk menangkis imej negatif menerusi perkongsian pencapaian ekonomi bumiputera melalui Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju). -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#saman fitnah
#Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
#menyeleweng duit kementerian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan