Kira-kira 400,000 pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan pelbagai spesies termasuk 5,000 pokok bunga Orkid bakal menghiasi Persiaran Tasik, Presint 2 di sini, pada Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria Putrajaya 2013) bermula 22 hingga 30 Jun ini.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata festival bertema 'Bunga Orkid - Khazanah Tropika' itu akan mempamerkan lebih 200 spesies, kultivar dan hibrid orkid dalam bentuk taman dan gubahan.
"Floria Putrajaya kali ke-6 ini bakal mewarnakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini sebagai 'intelligent garden city' dengan kepelbagaian flora yang berwarna-warni dan menonjolkan identiti Putrajaya sebagai sebuah Bandar Dalam Taman dan Bandar Bunga-bungaan," katanya pada prapelancaran Floria Putrajaya 2013, di sini hari ini.
Tengku Adnan berkata lebih sejuta pengunjung domestik dan pelancong asing dijangka datang pada festival kali ini.
Hadir sama ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J. Loga Bala Mohan, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Adnan Md Ikhsan dan Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat, Presiden Universiti Lim Kok Wing, Tan Sri Dr Lim Kok Wing.
Floria Putrajaya merupakan pameran bunga dan taman berbentuk festival yang dianjurkan Perbadanan Putrajaya (PPj) dan disokong Kementerian Wilayah Persekutuan.
Festival itu yang mendapat sambutan memberangsangkan daripada masyarakat, mempamerkan produk komersil industri hortikultur dan landskap, pertunjukan taman, demonstrasi oleh pereka taman dan pertunjukan bunga-bungaan dari dalam dan luar negara.
Tengku Adnan berkata penganjuran Floria Putrajaya 2013 akan menampilkan beberapa konsep dan elemen baharu yang lebih kreatif dan inovatif seperti longest landscape vertical wall, perarakan bot berhias, 'Magic of The Night', Taman Diraja, Taman Inovasi, dan Taman Jamuan Teh.
Selain itu, beliau berkata lebih 200 aktiviti akan diadakan sepanjang sembilan hari festival termasuk ceramah dan bengkel perkebunan, demonstrasi gubahan bunga, pertandingan fotografi, lukisan cat air, penghasilan kraf tangan dan lain-lain.
Katanya sebanyak 50 ruang niaga akan disediakan bagi pengusaha dalam industri berkaitan memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka.
Sementara itu, Aseh berkata PPj mahu menjadikan Floria Putrajaya satu jenama yang unggul dalam pertunjukan bunga-bungaan di peringkat antarabangsa seperti Chelsea Flower Show di London.
"Selaras dengan usaha untuk menjadikan Putrajaya Bandar Dalam Taman, Floria Putrajaya menjadi serampang dua mata iaitu meningkatkan keindahan Putrajaya dan dalam masa yang sama menggalakkan industri pelancongan negara," katanya.
Floria Putrajaya 2013 akan menampilkan 23 peserta dari 18 negara iaitu Afrika Selatan, Australia, Chile, China, Filipina, Hong Kong, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Korea, Myanmar, New Zealand, Singapura, Taiwan, Thailand, United Kingdom dan Vietnam serta tuan rumah Malaysia.
Bernama
Thu May 30 2013
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Polis tumpaskan cubaan seludup orkid bernilai RM145,000
Pasukan PGA menggagalkan cubaan menyeludup pokok hiasan jenis orkid bernilai RM145,000 selepas menahan sebuah lori di sekatan jalan raya Pasir Mas.
PGA Kelantan rampas 40,000 pokok orkid seludup bernilai RM2.1 juta
Kegiatan penyeludupan berjaya dipatahkan ketika sekatan jalan raya di Chabang Empat Salam, Rantau Panjang pada kira-kira pukul 10.30 pagi.
KPKT namakan orkid hibrid baharu sempena nama Agong
Orkid hibrid berkenaan dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda pada Majlis Perasmian Hari Landskap Negara 2024 di Taman Tasik Shah Alam.
Eksport orkid Malaysia mampu sumbang RM4 bilion setahun kepada industri florikultur
120 hektar tanah ladang diperlukan bagi mengusahakan tanaman orkid untuk memenuhi permintaan terhadap bunga itu terutamanya dari Dubai.
Orkid Malaysia jadi tarikan di Gardens By The Bay Singapura
The Orkid Extravaganza juga akan menempatkan orkid yang berasal dari Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura, dan Thailand.
Singapura namakan orkid sempena Raja Permaisuri Agong
Singapura menamakan satu spesies orkid hibrid sebagai 'Dendrobium Queen Azizah of Malaysia' bersempena dengan nama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
'Memalukan!' - Pengunjung ditegur ambil bunga di Pesta Floria
Hantaran terbabit mendapat perhatian warganet yang turut kecewa dengan akhlak dan tindakan mementingkan diri itu.
Singapura namakan orkid Dendrobium Ibrahim Zarith sempena nama Sultan, Permaisuri Johor
Singapura menamakan satu spesies orkid hibrid 'Dendrobium Ibrahim Zarith' bersempena dengan nama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Idris Shah.
Spesies orkid dipercayai pupus ditemui selepas 100 tahun
Orkid jenis pogonia berbulu kecil itu ditemui di Vermont selepas kali terakhir ia terlihat pada 1902.
MAQIS rampas lebih 2,000 pokok orkid dari Taiwan
Rampasan di kawasan kargo Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) itu adalah kerana tidak mematuhi syarat import.