awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT namakan orkid hibrid baharu sempena nama Agong

Bernama
Bernama
25/05/2024
06:00 MYT
KPKT namakan orkid hibrid baharu sempena nama Agong
Sultan Ibrahim, diiringi Nga, berkenan melihat spesies orkid hibrid baharu 'Aranda Ibrahim Iskandar' yang dinamakan sempena nama Seri Paduka Baginda pada Majlis Perasmian Hari Landskap Negara 2024 di Taman Tasik Shah Alam hari ini. --fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menamakan satu spesies orkid hibrid baharu sebagai 'Aranda Ibrahim Iskandar' bersempena dengan nama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Orkid hibrid berkenaan, dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda pada Majlis Perasmian Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam, di sini.
Menteri KPKT Nga Kor Ming dalam ucapan sembah alu-aluan pada majlis itu berkata orkid hibrid berkenaan telah didaftarkan dengan Penguat Kuasa Pendaftaran Antarabangsa Hibrid Orkid di England.
Beliau berkata bunga itu yang berwarna oren kemerahan membawa maksud bersemangat, berani, tegas, dalam membuat keputusan, optimis dan berkepimpinan sekali gus menggambarkan keperibadian dan karakter Sultan Ibrahim dalam menaungi pemerintahan negara.
HLN 2024 bertemakan 'Industri Landskap Pemacu Pembangunan MADANI' yang berlangsung selama 10 hari bermula semalam hingga 2 Jun di sini, akan menjadi platform kepada penggiat industri landskap untuk mempromosi dan memasarkan produk mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#orkid
#Sultan Ibrahim
#KPKT
#Nga Kor Ming
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan