KUALA LUMPUR: Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) berharap aliran proses permohonan bagi mempercepatkan kelulusan dan kemasukan pekerja asing adalah lebih jelas dan konsisten.
Presidennya Tan Sri Soh Thian Lai berkata ini adalah untuk menyokong keperluan tenaga kerja industri kerana sebarang kelewatan selanjutnya dalam mendapatkan pekerja akan secara serius menghalang pertumbuhan industri dan perniagaan serta perjalanan dalam memulihkan ekonomi negara.
FMM mengalu-alukan hakikat bahawa proses permohonan kini sepenuhnya secara dalam talian kerana ini akan memastikan proses permohonan yang lebih cekap dan telus dengan campur tangan manusia yang minimum.
"Namun begitu, adalah penting bagi pihak berkuasa untuk menyediakan majikan aliran proses yang jelas, konsisten dan telus bagi proses permohonan termasuk garis panduan, kriteria, dokumentasi serta terma dan syarat dalam memastikan proses permohonan yang lancar dan cepat," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Beliau berkata ini amat penting memandangkan keseluruhan proses permohonan kini telah berpindah ke Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang mana sebelum ini sistem itu hanya digunakan untuk permohonan visa dengan rujukan.
"Majikan mungkin tidak begitu jelas dengan aliran dan keperluan proses permohonan baharu sehingga membawa kepada beberapa isu pada peringkat awal seperti yang dipetik dalam laporan media.
"Selain itu, FMM ingin mengulangi bahawa adalah sangat penting sebarang alasan untuk penolakan atau bukan pemprosesan dimaklumkan dengan jelas agar majikan dapat membetulkan permohonan yang mana perlu dengan cepat," tambahnya.
Soh berkata FMM juga telah meminta supaya tempoh iklan wajib 30 hari di bawahMyFutureJobs dipendekkan memandangkan legitimasi keperluan untuk mengambil pekerja asing sudah kukuh kerana majikan tidak akan memilih untuk menggaji pekerja asing jika mereka dapat mengisi kekosongan dengan pekerja tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 05 2022
Thian Lai berkata, FMM mengalu-alukan proses permohonan secara dalam talian kerana ini akan memastikan proses permohonan yang lebih cekap dan telus dengan campur tangan manusia yang minimum. - Gambar fail
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
AWANI Ringkas: Mangsa 8 tahun cedera dibuli anak jiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 19th April 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Kiriman wang ke luar negara ceriakan sambutan Aidilfitri
Pasaran kiriman wang masuk antarabangsa di Malaysia meningkat 2.9 peratus pada 2022 untuk mencapai AS$1.63 bilion.
Industri sawit terjejas selepas pembekuan kuota pengambilan pekerja asing
Industri sawit terjejas dan menghadapi masalah untuk mengupah pekerja asing selepas kerajaan membekukan kuota pengambilan pekerja asing.
Tiga ejen pembantu rumah ditahan, eksploitasi wanita Indonesia
Operasi itu dijalankan sepasukan Unit Risikan Operasi, Bah
Verifikasi pekerja asing: Hanya 65 peratus majikan berbuat demikian - JIMNS
Majikan yang belum melakukannya digesa segera berbuat demikian dan lebih proaktif terhadap perkara itu kerana program berkenaan akan tamat pada 31 Mac ini.
Tarikh akhir pengambilan pekerja asing bagi program rekalibrasi kekal- Saifuddin
Tarikh akhir pengambilan pekerja asing menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 yang akan berakhir pada 31 Mei dikekalkan atas faktor keselamatan negara.
KDN, KESUMA dicadang beri urusan pengambilan pekerja binaan asing kepada CLAB - Ahmad Maslan
KDN dan KESUMA dicadangkan supaya pengambilan pekerja asing untuk industri binaan, diuruskan sepenuhnya oleh CLAB.
Imigresen tahan 14,361 pendatang tanpa izin setakat 23 Feb
Jabatan Imigresen (JIM) telah menjalankan 2,528 operasi bermula 1 Jan hingga 23 Feb lepas dengan penahanan 14,361 pendatang tanpa izin.
Mapa bimbang perubahan dasar pemeriksaan perubatan pekerja asing
Majikan dalam pertubuhan perladangan bukan sahaja kecewa tetapi juga kesal dengan perubahan berkaitan keperluan baharu itu, daripada pemeriksaan perubatan tiga tahun kepada tahunan.
Pemaju, kontraktor, pengilang di Johor diarah selesai isu penempatan pekerja asing
Kerajaan Johor mengarahkan pemaju dan kontraktor serta pengilang di seluruh negeri itu, untuk menyelesaikan isu penempatan pekerja asing.
Pembekuan pengambilan pekerja asing dilanjutkan - Saifuddin
Keputusan berapa lama pembekuan itu akan dilanjutkan akan ditentukan oleh pihaknya dan Kementerian Sumber Manusia dalam masa terdekat.