awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fokus mengesan isyarat kotak hitam

Media Statement
Media Statement
12/04/2014
01:54 MYT
Fokus mengesan isyarat kotak hitam
Sebanyak sembilan pesawat, satu pesawat awam, dan 14 kapal akan digunakan dalam misi mencari pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 hari ini.
Kawasan pencarian Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) akan diluaskan hingga 41,393 kilometer persegi.
Titik tengah pencarian sejauh 2331 kilometer dari bahagian barat utara Perth, Australia.
Kapal pertahanan Ocean Shield akan meneruskan pencarian dan memfokuskan kepada pencarian isyarat kotak hitam pesawat menggunakan pengesan ping.
Pesawat AP-3C Orion akan bekerjasama dengan Ocean Shield dalam meneruskan pencarian akustik.
Turut sama adalah kapal HMS Echo dalam kawasan pencarian Ocean Shield.
Kerja-kerja pencarian akan diteruskan dalam usaha mengecilkan kawasan pencarian dalam laut sehingga Kapal Autonomi dikerahkan.
Tiada isyarat akustik dikesan pada 24 jam yang lepas.
Ramalan cuaca pada hari ini menunjukkan angin tenggara bertiup selaju 10 knot dengan sedikit hujan, ketinggian gelombang laut sehingga satu meter dan jarak penglihatan jelas sehingga lima kilometer.
Beberapa pesawat dan kapal dilaporkan mengesan beberapa objek semalam dan hanya sebilangan kecil yang dapat ditemui.
Namun begitu, objek yang ditemui tiada kaitan dengan MH370.
Topic Berkaitan
#MH370
#Ocean Shield
#Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan