KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan memberi fokus kepada usaha menaik taraf infrastruktur kawasan eko-pelancongan, sebagai persediaan menerima pelancong apabila aktiviti pelancongan dibenarkan nanti, kata Datuk Seri Nancy Shukry.
"Jadi apabila pelancong sudah boleh datang ke tempat berkenaan (selepas ini) kawasan itu sudah dinaik taraf," kata Nancy yang dijadual kembali mengangkat sumpah sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya hari ini ketika diwawancara secara dalam talian oleh Bernama TV, malam tadi.
Mengenai lantikan ramai muka lama dalam kabinet baharu kerajaan, Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, ia merupakan satu strategi memastikan anggota Jemaah Menteri dapat fokus dengan tugasan masing-masing bagi mencapai hasil yang ditetapkan dalam masa 100 hari.
Beliau turut optimis anggota kabinet dapat mencapai sasaran pencapaian 100 hari seperti ditetapkan perdana menteri kerana sebahagian besar daripada mereka berpengalaman bertugas dalam tempoh pandemik COVID-19.
Mengulas mengenai lantikan 16 menteri dan timbalan menteri dari Sabah dan Sarawak yang didakwa segelintir pihak adalah tidak mencukupi jika dilihat berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Nancy berkata, secara peribadi beliau melihat perkara itu sebagai satu keadaan yang 'menggalakkan', untuk pemimpin dari kedua-dua negeri itu terus menyumbang kepada negara.
"Banyak perkara (berhubung MA63) perlu dibincang bersama dan perundingan perlu diteruskan dari semasa ke semasa. Sebab itu Jawatankuasa Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) itu penting," katanya.
Ditanya mengenai lantikan Timbalan Perdana Menteri dari Sabah dan Sarawak yang dicadangkan pihak tertentu, Nancy berkata lantikan yang dibuat secara mengejut akan mengakibatkan salah satu negeri rasa tidak dibawa berunding.
Beliau berkata adalah lebih baik sedikit masa diambil untuk perundingan dilakukan dengan kedua-dua negeri yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 29 2021
Nancy optimis anggota kabinet dapat mencapai sasaran pencapaian 100 hari seperti ditetapkan perdana menteri kerana sebahagian besar daripada mereka berpengalaman bertugas dalam tempoh pandemik COVID-19. - Gambar fail Bernama
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Projek rintis Langkawi beri kelegaan kepada pemain industri - Nancy
Pembukaan itu mengatasi kerisauan pekerja yang hilang punca pendapatan selain hotel yang ditutup akibat ketiadaan pelanggan.
Fokus naik taraf infrastruktur eko-pelancongan - Nancy
Ia sebagai persediaan menerima pelancong apabila aktiviti pelancongan dibenarkan nanti.
Isu UBER dan Grabcar, kerajaan buat keputusan dalam masa terdekat
Kerajaan akan membuat keputusan pada masa terdekat berhubung pertikaian di antara perkhidmatan teksi dan operasi Uber serta Grabcar untuk mencapai situasi menang-menang untuk kedua-dua pihak.