KUALA LUMPUR: Pemilihan Pulau Langkawi sebagai projek rintis pembukaan sektor pelancongan domestik memberi ruang perniagaan kepada pemain industri yang selama ini terjejas akibat pandemik COVID-19 untuk bermula semula.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukry berkata, pembukaan itu mengatasi kerisauan pekerja yang hilang punca pendapatan selain hotel yang ditutup akibat ketiadaan pelanggan.
"Kita serba salah, satu kena lihat dari faktor ekonomi, satu lagi dari segi nilai kehidupan orang, untuk hidup. Kita takut apabila ada COVID-19, macamana keadaan mereka. Sebab itu kita kehendaki mereka perlu lengkap dua dos vaksin untuk pergi ke mana-mana.
"Begitu juga hotel, mereka mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang begitu ketat sekali, jadi mereka tidak mahu nama mereka terjejas.
"Sama juga dengan penerbangan, mereka hendak menjaga persepsi atau imej mereka. Mereka tidak mahu kalau ada kluster. Ini yang kita tekankan kepada semua pihak untuk mereka mula membuka perniagaan mereka," katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi hari ini.
BACA: Langkawi jadi perintis gelembung perjalanan bermula 16 Sept - PM
BACA: Pembukaan sektor pelancongan mampu bangunkan semula industri - Nancy
Sebelum ini, Nancy menjelaskan, Pulau Langkawi mempunyai kekuatan tersendiri seperti mempunyai rangkaian penerbangan domestik dan antarabangsa, serta mempunyai kepelbagaian kemudahan penginapan bagi pelbagai segmen pelancong.
Dalam pada itu katanya, pihaknya terpaksa memberi notis awal kepada pemilik hotel untuk persediaan sebelum membuka kembali perniagaan masing-masing.
Jelasnya, tempoh itu termasuk memberi masa kepada syarikat penerbangan yang perlu menjalani SOP pemeriksaan terperinci sebelum menerima penumpang
Bagaimanapun ujarnya, semua isu SOP akan dipamerkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pihaknya tidak bertanggungjawab dari segi mengeluarkan prosedur berkenaan.
Namun katanya, MOTAC menyumbang kepada prosedur yang diperlukan termasuk SOP kanak-kanak di bawah umut 18 tahun yang belum divaksin.
Nancy turut memaklumkan, beberapa pulau lain juga sudah mencapai imuniti kelompok seperti 100 peratus di Pulau Rawa di Mersing, Johor.
Selain pulau, beliau juga difahamkan, populasi di Genting juga akan mencapai 97 peratus divaksin pada 10 September ini.
Dalam pada itu katanya, pembukaan sektor pelancongan adalah permintaan industri sendiri kepada kementeriannya.
Jelasnya, kementeriannya turut memberi insentif seperti baucar diskaun hotel, penerbangan dan membeli barang-barang dari kraftangan.
"Tetapi terpulang kepada orang ramai, kalau rasa takut, itu terpulang kepada masing-masing sebab saya difahamkan, pada masa ini ada orang sudah mula pergi berkelah di kawasan tidak jauh dari mereka, dalam negeri sendiri.
"Jadi ini menunjukkan keghairahan penduduk kita untuk keluar dari rumah, cuma ingatan kita ialah supaya mereka ini ingat bahawa mereka perlu patuhi SOP, itu yang penting. SOP yang utama adalah vaksinasi lengkap," tambah Nancy.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung pelancongan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
Ismail Sabri berkata sebagai permulaan, Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 Sept ini manakala destinasi pelancongan lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus.
Astro Awani
Fri Sep 03 2021

Nancy memaklumkan, beberapa pulau lain juga sudah mencapai imuniti kelompok 100 peratus, contohnya Pulau Rawa di Mersing, Johor. - Gambar fail BERNAMA

Coca-Cola, GSC meterai perjanjian konsesi baharu, lanjutkan perkongsian lebih tiga dekad
Kerjasama itu menandakan satu pencapaian kolektif yang penting serta melambangkan kepercayaan dan komitmen kukuh antara satu sama lain.

Pantau Kos Sara Hidup: Keperluan individu austistik ketika kos meningkat
Perbincangan mengenai usaha untuk menyokong keperluan individu autistik ketika kos semakin meningkat bersama Pakar Pediatrik dan Pengasas Bersama doktorbudak.com. Dr. Zahilah Filzah Zilkifli dan Pengasas Autism Inclusiveness Direct Action (AIDA) Group dan Project Lily, Beatrice Leong.

138 motosikal, 20 kereta 'singgah sahur' di Balai Polis Kota Setar
Intipan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Setar telah mengesan sekumpulan remaja bermotosikal sedang asyik berlumba.

Konvensyen Kerajaan Perpaduan: Medan mencari formula seragamkan hala tuju negara antara parti
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan penting untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan kukuh dan utuh.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Jenazah akan dibawa pulang ke kediaman ibu Allahyarham di Pekan Changloon untuk dikebumikan.

Persatuan perubatan sambut baik komitmen PM
Mereka faham mendapatkan jawatan tetap memerlukan komitmen kewangan jangka panjang yang signifikan daripada kerajaan,
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016610/22918272291680309488114_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama GG Ahmad dan Siti Syazwani. Antara fokus AWANI - Ab Rauf sah Ketua Menteri Melaka ke-13. - PM Anwar antara pemimpin terawal bertemu Xi Jinping. - "Penduduk Ipoh tidak begitu bahagia" - Laporan Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022.

3 melecur, seorang sesak nafas, rumah panjang 33 pintu terbakar
Insiden berlaku di Rumah Peter Igoh, di Nanga Mujan, Skrang di Betong.

Public Mutual isytihar pengagihan lebih daripada RM147 juta bagi 10 dana
Public Mutual muncul pemenang terbesar pada anugerah Refinitiv Lipper Fund Awards 2023 baru-baru ini, merangkul 19 anugerah dana individu.

Rauf akan teruskan agenda pembangunan negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh beri komitmen untuk teruskan agenda pembangunan negeri.

"Selamat datang ke Pulau Langkawi Permata Kedah" - Mesej Sanusi buat delegasi LIMA23
Sekalipun 'tidak dibenar hadir' LIMA'23, MB Kedah akan pastikan kunjungan delegasi ke Langkawi sebagai kunjungan terindah sepanjang hayat.

Beberapa kawasan di Langkawi alami gangguan bekalan air - SADA
Antara kawasan terjejas ialah Pekan Kuah, Kilim, Kelibang, Perana, Bayas, Pantai Cenang, Pantai Tengah, Padang Lalang, Ayer Hangat dan kawasan sekitar.

Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap mereka yang tewas pada pemilihan bahagian tersebut terus bersama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Anak Najib menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin, memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi dalam pertembungan dua penjuru pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026, semalam.

LADA dinobatkan Lembaga Pelancongan Kerajaan Terkemuka Anugerah ATH
Ia menyemarakkan lagi semangat LADA untuk memanfaatkan segala peluang, bermatlamat memacu industri pelancongan di Langkawi.

Malaysia, UAE tingkat kerjasama pertahanan
Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menegaskan komitmen untuk meningkatkan lagi kerjasama pertahanan khususnya dalam sains, teknologi dan industri pertahanan.

Pemilihan UMNO: Anak 'Bossku' bertanding Ketua UMNO Langkawi
Anak kepada bekas Perdana Menteri ke-7, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd Nazifuddin sah akan bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi dalam pemilihan yang akan diadakan bulan depan.

Feri Langkawi-Kuala Kedah terkandas, 511 penumpang berjaya diselamatkan
Feri Express Bahagia 168 yang membawa 511 orang penumpang itu dikesan terkandas pada posisi 0.8 batu nautika dari muara Kuala Kedah apabila paras laut surut.

Tun Mahathir setuju bantu selesai isu penempatan Bukit Malut - MB Kedah
Isu berkenaan sudah berlarutan dan ia memerlukan kerjasama Dr Mahathir sebagai individu yang terbabit dengan penempatan MIK di Bukit Malut.

Penuntut UniKL ditemukan lemas di Pantai Tanjung Rhu Langkawi
Jasad seorang penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang lemas ketika mandi bersama rakan di Pantai Tanjung Rhu, di sini ditemukan pada jam 1.24 tengah hari Ahad.