Fokus sepenuhnya perlu diberikan kepada mentadbir negeri dan negara, bukan mengenai isu siapa yang harus dilantik menjadi perdana menteri seterusnya, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata pendiriannya itu telah disampaikan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan mereka di bangunan Parlimen baru-baru ini, termasuk mengenai cadangan pencalonannya sebagai perdana menteri.
Bagaimanapun, Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna tidak memaklumkan sama ada pertemuan itu berlangsung secara rasmi ataupun santai.
"Datuk Seri Anwar (Ibrahim) nak berjumpa dengan saya, dan saya nyatakan pendirian tentang perkara itu (cadangan pencolanan sebagai perdana menteri). Bagi saya, cadangan daripada Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) dan diumumkan oleh Tun Dr Mahathir itu adalah satu penghargaan.
"Bagi saya, fokus kita adalah mentadbir negara dan negeri, berbanding kita nak (memikirkan) siapa perdana menteri," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
BACA: Shafie sebagai PM, Anwar dan Mukhriz calon TPM 1 dan 2 - Tun Mahathir
BACA: Calon PM: Saya masih belum buat keputusan - Shafie Apdal
Shafie berkata cadangan mencalonkan beliau sebagai perdana menteri dilihat sebagai penyelesaian terhadap kebuntuan politik dalaman PH, dan sekiranya beliau mampu menyatupadukan PH, ia adalah satu langkah baik, namun beliau tidak mahu memberi tumpuan berhubung perkara itu kerana apa yang lebih penting adalah untuk mentadbir Sabah dengan baik.
Pada 25 Jun lepas Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata keputusan memilih Mohd Shafie dicapai sebulat suara dalam satu pertemuan dengan sekutunya (Parti Amanah Negara, Warisan dan DAP) di Rumah Tetamu Sabah di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 28 2020
MOHD SHAFIE: Bagi saya, fokus kita adalah mentadbir negara dan negeri, berbanding kita nak (memikirkan) siapa perdana menteri. - Gambar fail/REUTERS
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Hanya Agong yang boleh batalkan Proklamasi Darurat - Shafie Apdal
Sebarang keputusan berkaitan Proklamasi dan Ordinan Darurat sepatutnya dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.
Perkuatkan Warisan untuk PRK Batu Sapi - Shafie Apdal
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan parti itu akan terus diperkuatkan di Batu Sapi bagi meneruskan aspirasi bekas Ahli Parlimennya, mendiang Datuk Liew Vui Keong.
Fokus tadbir negara, bukan siapa PM seterusnya - Shafie Apdal
Fokus sepenuhnya perlu diberikan kepada mentadbir negeri dan negara, bukan mengenai isu siapa yang harus dilantik menjadi perdana menteri seterusnya.
Tekad keluar UMNO: 'Jangan hina saya' - Shafie Apdal
Tegasnya, tunggu dan lihat kesan terhadap UMNO Sabah selepas ada pihak yang menyifatkan tindakan beliau keluar parti tidak akan memberi kesan.