MALAYSIA
Foodpanda: Kenyataan Tun Mahathir disalah erti - Syed Saddiq

Terdahulu Dr Mahathir menyifatkan pandangan dan pendirian yang dikemukakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian Kerajaan.- Gambar fail
Kenyataan Perdana Menteri bahawa isu Foodpanda tidak dibincang dalam Kabinet, adalah merujuk pandangan peribadi Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam iaitu membantah sikap pengurusan syarikat penghantaran makanan itu.
Syed Saddiq berkata, laporan beberapa media bahawa Perdana Menteri bermaksud isu itu tidak dibincangkan sama sekali adalah salah.
“Minggu lepas dah bincang dalam Kabinet dan kenyataan bersama dengan YB Kula (Menteri Sumber Manusia) pun dikeluarkan. Kerajaan berikan nasihat untuk kembali ke skim pembayaran lama dan akan merangka pelan jangka masa panjang untuk menjaga kebajikan pekerja “Gig economy”.
“Ini berkenaan isu yang dibangkitkan semalam, berkenaan #BoikotFoodPanda. Isu baharu timbul semalam dan saya kekal dengan pendirian peribadi saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu Dr Mahathir menyifatkan pandangan dan pendirian yang dikemukakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian Kerajaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami