awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Formwork' aluminium hempap kereta: CIDB arah henti kerja pembinaan

Bernama
Bernama
13/01/2023
14:03 MYT
'Formwork' aluminium hempap kereta: CIDB arah henti kerja pembinaan
Gambar tular menunjukkan sebuah kenderaan rosak di bahagian bumbung akibat dihempap bahan binaan di Jalan Ampang. - Gambar/ Ihsan pembaca
KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengeluarkan notis pemberhentian kerja pembinaan di Jalan Ampang susulan insiden formwork aluminium jatuh menghempap sebuah kenderaan awam hari ini.
CIDB dalam satu kenyataan memaklumkan notis tersebut dikeluarkan kepada kontraktor utama projek tersebut bagi menjaga keselamatan awam dan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian dan pihak bertanggungjawab.
"Menurut laporan awal, insiden tersebut berlaku kira-kira pukul 9 pagi semasa kerja-kerja membuka aluminium panel di aras 55 sedang dijalankan.
"Salah satu panel aluminium tersebut telah jatuh lalu menghempap kenderaan awam yang diletakkan di seberang jalan berhadapan tapak projek," menurut kenyataan itu.
BACA: Kereta remuk dihempap bahan binaan bangunan terjatuh di Jalan Ampang
Bagaimanapun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian.
Terdahulu, tular gambar menunjukkan sebuah kenderaan rosak di bahagian bumbung akibat dihempap bahan binaan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bahan binaan jatuh
#hempap kereta
#jalan ampang
#cidb
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan