Sekeping foto penuh maksud tersirat dimuat naik oleh Datuk Seri Nazir Razak hari ini menerusi akaun Instagramnya @nazir.razak.

Foto tersebut jelas menyatakan harapannya agar kebenaran terserlah tidak lama lagi.

Tertera perkataan “Truth. Next exit,” Pengerusi Kumpulan CIMB turut menyatakan bagaimana rakyat Malaysia sudah terlalu lama menantikan kebenaran.

I hope so. Our institutions must get us there quickly. Malaysians feeling truth deprived- depressing and divisive. After truth we can find reconciliation.” tulisnya dalam Instagram.

Sehingga berita ini ditulis, foto tersebut menerima lebih 300 like.

Foto itu juga mendapat reaksi pelakon terkenal Hans Isaac yang menyatakan agar fokus harus diberikan dan menutup setiap jalan keluar secara mudah.

Nazir merupakan adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan antara individu yang lantang menyuarakan kebimbangannya terhadap isu yang membabitkan syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).