awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FPC setuju tubuh jawatankuasa teknikal risiko fiskal - Najib

Bernama
Bernama
25/05/2016
12:53 MYT
FPC setuju tubuh jawatankuasa teknikal risiko fiskal - Najib
NAJIB: Mesyuarat turut membincangkan 'Medium Term Fiscal Framework' untuk memastikan kedudukan kewangan dan keupayaan fiskal kekal kukuh.
Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Risiko Fiskal dan Liabiliti Luar Jangka yang akan dianggotai oleh Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, Unit Perancang Ekonomi dan Unit Kerjasama Awam Swasta.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa itu akan bertanggungjawab menilai risiko fiskal dan liabiliti luar jangka Kerajaan Persekutuan serta mengesyor langkah untuk menanganinya.
Keputusan itu dicapai pada mesyuarat kali kedua FPC yang diadakan hari ini untuk meneliti kedudukan terkini fiskal negara.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata mesyuarat turut membincangkan 'Medium Term Fiscal Framework' untuk memastikan kedudukan kewangan dan keupayaan fiskal kekal kukuh.
Ekonomi negara telah berkembang 4.2 peratus pada suku pertama dan berupaya mencapai sasaran 4.0-4.5 peratus bagi keseluruhan tahun ini.
Di samping itu, sasaran defisit fiskal 3.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2016 akan dapat dicapai.
"Mesyuarat turut meneliti status pelaksanaan langkah pengubahsuaian Bajet 2016 dan sehingga kini, pelaksanaan langkah tersebut adalah mengikut jadual dan prestasinya membanggakan," kata Najib.
Kerajaan sentiasa komited terhadap konsolidasi fiskal dan melaksanakan langkah mengoptimum perbelanjaan serta meningkatkan pematuhan cukai dan mempelbagaikan sumber hasil negara.
Topic Berkaitan
#FPC
#Jawatankuasa Dasar Fiskal
#Jawatankuasa Teknikal Risiko Fiskal
#Liabiliti Luar Jangka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan