Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen mempunyai tugas penting meletakkan badminton negara ini dalam kelompok tiga pasukan terbaik dunia menjelang 2020.
Malah bagi tempoh sama, Frost mahu sekurang-kurangnya ada dua wakil negara dalam kelompok 10 pemain terbaik dunia bagi setiap lima kategori - perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran.
"Ia adalah KPI (Indeks Prestasi Utama) yang perlu saya penuhi dan sudah tentu saya akan bertanggungjawab penuh jika gagal mencapainya," katanya kepada Bernama di sini pada Khamis.
Legenda badminton dari Denmark yang berusia 58 tahun yang turut dikenali sebagai 'Mr Badminton', berkata sememangnya menjadi sasarannya untuk mewujudkan sekurang-kurangnya ada dua wakil dalam kelompok 10 terbaik ranking dunia bagi setiap satu daripada lima kategori itu.
"Keadaan semasa badminton Malaysia sudah jauh berubah sejak kali terakhir saya bersama BAM pada 1997-2000," katanya yang mendakwa beliaulah yang memulakan pasukan wanita.
Frost berkata tidak sampai 20 tahun selepas itu, pemain wanita negara menunjukkan peningkatan yang baik malah mereka turut mencatat pencapaian yang membanggakan di pentas antarabangsa.
Beliau berkata ketika ini semua pihak terlalu sibuk memberi tumpuan mencari pengganti Datuk Lee Chong Wei dan menurutnya ia adalah satu kesilapan.
"Ada sebab mengapa Chong Wei menjadi ikon. Beliau begitu menyerlah sekian lama dan sebab itu kita memanggilnya ikon. Kita tidak boleh menggantikan ikon dengan ikon lain...ia semudah itu.
"Untuk menjadi pemain nombor satu dunia, setiap pemain perlu mempunyai 'DNA istimewa' dan beliau (Chong Wei) memilikinya tetapi ramai pemain yang tidak mempunyainya," kata Frost.
Menurut Frost, beliau kini menyusun pemain untuk mempersiapkan mereka bagi mendukung cabaran negara di Sukan Olimpik Tokyo 2020. - Bernama
Bernama
Thu Oct 20 2016
Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen mahu sekurang-kurangnya ada dua wakil negara dalam kelompok 10 pemain terbaik dunia bagi setiap lima kategori. -fotoBERNAMA
Gaji penjawat awam naik 15 peratus, tertinggi dalam sejarah
Kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini.
AWANI Ringkas: Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada pekerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
11 ditahan terlibat tawaran kerja palsu, pelaburan tidak wujud di Johor Bahru
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita warga asing serta dua lelaki tempatan berusia 28 hingga 45 tahun.
Pengasas bursa dagangan kriptowang terbesar Binance dihukum penjara
Binance diarah membayar denda $4.3 bilion, sementara Changpeng Zhao sendiri dikenakan denda sebanyak $50 juta.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
Marrybrown tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan tahun ini
Pembukaan cawangan di dua negara itu merupakan bukti kepada imej dan jenama Marrybrown semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
Pemain Astro Kem Badminton berpeluang berlatih dengan jurulatih dari BAM
Menurut Ketua Jurulatih Astro Kem Badminton 2024, Lee Wan Wah latihan intensif selama 5 hari itu merupakan satu peluang terbaik untuk pemain merasai pengalaman berlatih seperti untuk mewakili negara.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia tetap dapat sambutan pemain terbaik dunia - BAM
Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 tetap mendapat sambutan dengan kehadiran nama besar dalam kelompok 10 terbaik dunia.
Pemain badminton negara pamer kekuatan mental menjelang Piala Thomas, Uber
Pemain negara mempamerkan tahap kekuatan mental dan psikologi yang mantap serta semangat juang tinggi menjelang saingan Piala Thomas dan Piala Uber pada 27 April hingga 5 Mei ini.
Isu pampasan: Patriotisme perlu atasi perkara lain
Menurutnya, keputusan BAM memperlihatkan betapa terdesaknya badan induk itu untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan.
Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024
Selain Zii Jia, turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong yang mendapat pelepasan sementara oleh pasukan perubatan untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan berprestij itu.
Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini
BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.
Kesihatan Tze Yong jadi keutamaan BAM - Norza
Norza berkata, Tze Yong diberikan ruang untuk kembali pulih sepenuhnya terlebih dahulu.
Tze Yong alami kecederaan tulang belakang - BAM
BAM kini memantau tindak balas Tze Yong terhadap suntikan yang diberikan oleh pihak Institut Sukan Negara (ISN) pada minggu lepas.