awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurulatih baharu perlu kenal budaya badminton Malaysia - James Selvaraj

Bernama
Bernama
14/11/2024
13:04 MYT
Jurulatih baharu perlu kenal budaya badminton Malaysia - James Selvaraj
James menyifatkan budaya badminton Malaysia berbeza berbanding negara lain. - Gambar fail/Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Jurulatih badminton perseorangan negara perlu benar-benar mengenali budaya sukan itu di Malaysia terlebih dahulu sebelum memulakan tugas bagi memastikan segala perancangan yang dilakukan kelak benar-benar berhasil.
Cadangan itu disuarakan bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk James Selvaraj yang menyifatkan budaya badminton Malaysia berbeza berbanding negara lain.
Beliau turut mencadangkan supaya jurulatih perseorangan yang bakal dilantik perlu mempunyai mentaliti juara supaya ia dapat diterapkan kepada barisan pemain negara untuk memastikan mereka sentiasa konsisten setiap kali turun beraksi di sesuatu kejohanan.
"Bila dia sudah tahu (budaya badminton Malaysia) lebih mudah untuk dia berkerjasama dengan pemain kita, kalau tidak akan ada banyak masalah.
"Sebaik sahaja dia dapat perkara itu barulah dia boleh mula proses latihan. Ini antara sebab jurulatih dan pemain boleh berkerjasama," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Gimnasium Chrome Club di Petaling Jaya di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim bersama beberapa bekas jaguh badminton termasuk Datuk Razif Sidek dan Cheah Soon Kit.
Dalam pada itu, Razif turut melontarkan pendapat yang sama ketika ditanya berkenaan kriteria yang perlu dimiliki jurulatih perseorangan lelaki yang baharu iaitu perlu mempunyai hubungan baik antara jurulatih dan pemain dengan mengenali budaya permainan di Malaysia.
"Kepercayaan antara jurulatih dan pemain itu amat penting. Bila jurulatih berbincang dan bagi sepatah dua kata, yang penting sama ada pemain itu faham dan percaya dengan pendapat yang diberikan.
"Seandainya pemain itu percaya dia akan ikut dan akan beri keputusan yang bagus, tetapi jika tiada kepercayaan antara pemain dengan jurulatih ia akan beri keputusan yang sebaliknya," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Pemangku Presiden BAM Datuk V Subramaniam memaklumkan badan induk tersebut akan mengumumkan pelantikan ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu pada 25 Nov ini.
Difahamkan, lima calon berada dalam pertimbangan BAM bagi menggalas tugas selaku ketua jurulatih perseorangan lelaki dan wanita negara antaranya bekas ketua jurulatih Denmark, Kenneth Jonassen dan Mulyo Handoyo dari Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jurulatih baharu
#budaya badminton Malaysia
#BAM
#james selvaraj
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan