SHAH ALAM: Selangkah Ventures Sdn Bhd (SVSB) memperkenalkan fungsi baharunya iaitu Selangor Mental Sihat (SEHAT) dalam aplikasi mudah alih Selangkah bagi menangani pelbagai isu kesihatan mental penduduk di negeri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif SVSB Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata ciri terbaharu hasil kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan WhatsDoc Sdn Bhd itu akan meningkatkan kesedaran serta literasi berhubung isu kesihatan mental dalam kalangan penggunanya.
"SEHAT juga akan melaksanakan langkah-langkah pencegahan awal menerusi modul saringan kendiri serta bantuan psikososial daripada kaunselor profesional dan forum sokongan.
"Ciri baharu ini melengkapi vertikal kesihatan Selangkah dan pengenalannya memang tepat pada waktunya iaitu ketika musim pandemik ini. Kesihatan mental kini dikenali oleh masyarakat dan kami ingin memainkan peranan dalam mengetengahkan isu yang serius ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Antara fungsi yang boleh diteroka pengguna ialah ujian saringan kesihatan mental, saringan risiko, video psikopendidikan, portal WhatsDoc dan skala literasi kesihatan mental.
Selangkah boleh dimuat turun menerusi Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery serta pengguna sedia ada dinasihatkan mengemas kini aplikasi tersebut bagi menikmati ciri SEHAT.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 11 2021
Selangkah Ventures Sdn Bhd (SVSB) memperkenalkan fungsi baharunya iaitu Selangor Mental Sihat (SEHAT) dalam aplikasi mudah alih Selangkah bagi menangani pelbagai isu kesihatan mental penduduk di negeri ini. - Gambar fail
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Fungsi SEHAT dalam Selangkah bagi tangani isu kesihatan mental
Selangkah Ventures Sdn Bhd (SVSB) memperkenalkan fungsi baharunya iaitu Selangor Mental Sihat (SEHAT) dalam aplikasi mudah alih Selangkah.