PUTRAJAYA: Fungsi, tugas, objektif dan matlamat Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang kini di bawah seliaan Kementerian Komunikasi akan diselaras semula.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, yang juga Jurucakap Kerajaan, berkata walaupun proses itu dijangka mengambil masa namun ia perlu dilakukan agar menepati objektif yang ingin dicapai oleh Kerajaan Perpaduan.
"Perlu ada penyesuaian beberapa fungsi dan tugas yang selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk dilaksanakan oleh agensi termasuk J-KOM," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau mengulas syor Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mohd Puad Zarkashi agar jabatan itu dirombak dan dipimpin oleh individu yang kompeten susulan dakwaan Timbalan Ketua Pengarah J-KOM Datuk Ismail Yusop mengenai 'Langkah Dubai' yang dikatakan adalah gerakan bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan.
J-KOM, yang ditubuh pada 1 Feb 2021, sebelum ini di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri serta memainkan peranan mewujudkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat.
Fahmi turut mengulas dakwaan Ismail mengenai Langkah Dubai.
"Saya difahamkan ia bukan kenyataan rasmi tetapi ia adalah mesej yang disebar dalam kumpulan WhatsApp. Jadi beberapa perkara perlu diselaras semula untuk pastikan isu sebegini tidak berulang di masa hadapan," katanya yang sudah bertemu dengan Ismail.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2024
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, yang juga Jurucakap Kerajaan, berkata walaupun proses itu dijangka mengambil masa namun ia perlu dilakukan agar menepati objektif yang ingin dicapai oleh Kerajaan Perpaduan. - Gambar fail/BERNAMA
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Individu hina institusi Diraja dikenal pasti, lebih 20 kertas siasatan lampau - Fahmi
MCMC telah mengenal pasti individu, yang dipercayai mengeluarkan kenyataan menghina institusi Diraja, khususnya institusi Diraja Selangor.
Fungsi, tugas, objektif dan matlamat J-KOM diselaras semula - Fahmi
Fungsi, tugas, objektif dan matlamat Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang kini di bawah seliaan Kementerian Komunikasi akan diselaras semula.
J-KOM wajar dirombak secara menyeluruh - Puad Zarkashi
Imej J-KOM semakin merundum setelah isu A dan W dibangkitkan serta analisis Timbalan Ketua Pengarahnya berkenaan Langkah Dubai.
Kemasukan J-KOM perkukuh usaha kementerian sebar inisiatif kerajaan, perangi maklumat salah - Teo
Kemasukan J-KOM di bawah Kementerian Komunikasi akan memperkukuhkan lagi usaha kementerian untuk mempromosikan inisiatif kerajaan dan memerangi salah maklumat.
Agus selesai beri keterangan lebih dua jam di IPD Kajang
Datuk Mohammad Agus Yusoff selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada Khamis.
J-KOM kini di bawah seliaan Kementerian Komunikasi
Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, kini diselia Kementerian Komunikasi.
Identiti sebenar 'Mr H' didedah kepada umum esok?
Identiti sebenar 'Mr H' dijangka didedahkan kepada umum esok.
Wahab dakwa gangguan seksual berlaku di Bintulu - KPN
Polis menyiasat dakwaan kes gangguan seksual melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff yang dikatakan berlaku di Bintulu, Sarawak.
'Saya trauma, mahu tuntut keadilan' - Wahab
Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendakwa tindakannya membuat laporan polis adalah mahu membersihkan namanya dalam kes tular rakaman video perbualan berbaur lucah.
Wahab tampil buat laporan di IPD Kajang
Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani tampil membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini pada Khamis.