awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agus selesai beri keterangan lebih dua jam di IPD Kajang

Sinar Harian
Sinar Harian
14/12/2023
06:00 MYT
Agus selesai beri keterangan lebih dua jam di IPD Kajang
Mohammad Agus ketika memberi keterangan di IPD Kajang pada 20 November lalu. - Foto fail/ Bernama
KAJANG: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini pada Khamis.
Beliau dilihat keluar menaiki Toyota Estima berwarna putih pada jam 1.17 petang selepas lebih dua jam masuk ke IPD tersebut.
Agus bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan kepada media yang menunggu sejak jam 11 pagi.
BACA: Jabatan Peguam Negara arah polis lengkapkan lagi kertas siasatan kes Agus-Wahab
BACA: Wahab dakwa gangguan seksual berlaku di Bintulu - KPN
Beliau yang duduk di tempat penumpang hadapan hanya melambai tangan sambil melemparkan senyuman, tanpa sepatah kata.
Penguamnya, Zaflee Pakwanteh yang memandu kenderaan tersebut kemudiannya memberitahu tiada kenyataan akan dibuat.
"Datuk Agus tak nak beri sebarang kenyataan," katanya secara ringkas sambil terus memandu meninggalkan kawasan itu.
Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan Agus dijangka memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Kuala Lumpur, pada jam 10 pagi.
Bagaimanapun, Zaflee ketika dihubungi pada Khamis mengesahkan kehadiran Agus di IPD Kajang pada jam 11 pagi.
Ia bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap kakitangan J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, yang dipercayai berlaku di Bintulu, Sarawak, Oktober lalu.
1 Disember lalu media melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan diterima daripada Abdul Wahab yang mendakwa kejadian berlaku pada 21 Oktober lalu di sebuah hotel.
Susulan itu polis telah membuka siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Dr Agus
#J-KOM
#video tular
#hasil siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan