KAJANG: Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani tampil membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini pada Khamis.
Abdul Wahab, 33, hadir bersama peguamnya, Faizal Abd Rahman, sekitar jam 11 pagi kemudian dia dilihat keluar pada jam 12.57 tengah hari menuju ke bilik Pegawai Penyiasat di IPD Kajang.
Pada masa ini proses siasatan masih dijalankan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kajang, namun butiran berhubung laporan polis yang dibuat Abdul Wahab masih belum dapat dipastikan.
Faizal juga memaklumkan bahawa beliau akan memberikan butiran berhubung kehadiran mereka ke IPD Kajang kepada pihak media sebaik proses siasatan selesai dijalankan.
Pada Rabu, peguam Abdul Wahab mengesahkan bahawa anak guamnya itu hadir ke Bukit Aman, bagi proses rakaman percakapan berhubung kes berkenaan.
Minggu lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zaid berkata, pihaknya sudah merakam percakapan tiga individu dalam kes berkenaan iaitu bekas Ketua Pengarah J-Kom, Datuk Mohammad Agus Yusoff, 'Mr H' dan pekerja sebuah hotel tempat sidang media antara Agus dan Abdul Wahab diadakan.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 30 2023
Abdul Wahab dilihat hadir ke IPD Kajang sekitar jam 11 pagi. - Gambar fail
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Jabatan Peguam Negara arah polis lengkapkan lagi kertas siasatan kes Agus-Wahab
Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan itu sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada Jumaat lalu.
Wahab dakwa gangguan seksual berlaku di Bintulu - KPN
Polis menyiasat dakwaan kes gangguan seksual melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff yang dikatakan berlaku di Bintulu, Sarawak.
'Saya trauma, mahu tuntut keadilan' - Wahab
Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendakwa tindakannya membuat laporan polis adalah mahu membersihkan namanya dalam kes tular rakaman video perbualan berbaur lucah.
Tiada keperluan dedahkan identiti 'Mr H' - KPN
Identiti individu yang digelar sebagai 'Mr H' tidak akan didedahkan.
Wahab tampil buat laporan di IPD Kajang
Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani tampil membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini pada Khamis.
Identiti ‘Mr H’ masih misteri - Polis
Mohd Shuhaily berkata identiti Mr H juga masih misteri kerana hanya Abdul Wahab yang dapat mengesahkan individu berkenaan.
Video tular: Polis panggil 'Mr H', minta Abdul Wahab tampil
Polis akan memanggil dan merakam keterangan individu dinamakan sebagai 'Mr H' yang dipercayai dikaitkan dengan perbualan video tular.
Che'gu Bard cabar Abdul Wahab dedah identiti 'Mr H'
Chegu Bard mencabar Penolong pegawai di J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani supaya mendedahkan identiti 'Mr H'.
Polis siasat siapa 'Mr H'
Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu bergelar 'Mr H' susulan isu rakaman video tular mengenai perbualan lucah yang dikaitkan dengan dua individu.
‘Saya diperguna, dijadikan kambing hitam’ - Abdul Wahab
Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, mendakwa dirinya dipergunakan dan dijadikan kambing hitam oleh pihak tertentu sehingga terpalit dengan isu video tular melibatkan Datuk Dr Mohammad Agus Yusof.