Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang, berkuatkuasa hari ini.
Ketua Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan media di sini hari ini, berkata pelantikan Anggota Parlimen Kuantan itu adalah bagi menggantikan pengerusi terdahulu Datuk Fauzi Abdul Rahman.
Katanya, pelantikan Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah dipersetujui pada Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 10 Mac sebelum disahkan Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad pada 11 Mac lalu.
"Majlis Presiden PH mengucapkan selamat menjalankan tugas dengan jayanya kepada Fuziah," katanya.
Saifuddin menambah mereka juga mengucapkan terima kasih kepada Fauzi kerana telah menjalankan tugas dengan cemerlang sebagai pengerusi PH Pahang pertama.