Penggabungan Kementerian Pengajian Tinggi dengan Kementerian Pelajaran yang membentuk Kementerian Pendidikan akan memacu transformasi pendidikan agar dasar pendidikan negara mampu menandingi standard pendidikan antarabangsa menjelang tahun 2020.
Menegaskan demikian, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penggabungan itu akan menjamin kesinambungan dasar dan program dalam sistem pendidikan negara yang lebih berkualiti dan dinamik.
Ini merupakan langkah besar diambil oleh kerajaan dalam memperjuangkan kelangsungan pendidikan negara dan ia wajar dikekalkan di bawah satu bumbung memandangkan ia akan memudahkan pentadbiran.
Menerusi penggabungan ini, perencanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara akan diperkukuhkan.
Mobiliti modal insan dalam bidang pendidikan akan berlaku dengan lebih rancak dan berkesan apabila ahli-ahli akademik bekerjasama dengan tenaga pengajar sekolah dalam menentukan hala tuju pendidikan negara, kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan, ketika merasmikan Majlis Anugerah Akademik Negara (AAN) 2011 dan 2012 di sini hari ini.
Pada majlis itu, Muhyiddin telah menyampaikan Anugerah Tokoh Akademik Negara 2012 kepada Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Abdul Karim (Universiti Malaya) dan Prof Emeritus Datuk Dr Abdul Latif Ibrahim (Universiti Industri Selangor) manakala Prof Emeritus Datuk Dr Asmah Omar dari Universiti Malaya merupakan penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara 2011.
Ketiga-tiga pemenang membawa pulang wang tunai RM200,000, trofi dan sijil penghargaan.
Hadir sama pada majlis ini ialah Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh; Timbalan-timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching dan P. Kamalanathan; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Madinah Mohamad; dan Ketua Setiausaha II, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang.
Muhyiddin berkata semua peringkat pendidikan akan menikmati perkongsian sumber dan kepakaran bagi memastikan bidang pendidikan dapat diurus dengan lebih cekap yang seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.
Beliau berkata usaha-usaha transformasi pendidikan akan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap apabila kepakaran daripada semua peringkat pendidikan dapat digembleng dengan lebih menyeluruh untuk menghasilkan lonjakan berganda dalam pendidikan negara.
Transformasi pendidikan yang mengandungi nilai pengantarabangsaan dengan mengambil contoh model sistem pendidikan negara maju perlu diaplikasikan oleh Kementerian Pendidikan dalam meningkatkan struktur kurikulum pendidikan dan pengajian tinggi.
Kolaborasi antara pendidik di peringkat sekolah dan pengajian tinggi pastinya akan melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk berinovasi dan meneroka bidang-bidang baharu yang akan menentukan kemajuan dan kemakmuran masa depan negara, katanya.
Sementara itu, Muhyiddin berkata penyelidikan di universiti berupaya menghasilkan lebih ramai modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran sains dan teknikal.
Hal ini dapat dicapai melalui jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak yang dapat mendorong dan memangkinkan pembangunan inovasi secara menyeluruh.
"Hasil penyelidikan yang diperoleh tidak hanya memberi impak atau kelebihan kepada kepentingan penyelidik semata-mata tetapi dapat dikongsi bersama pihak lain melalui pengkomersialan, katanya.
Beliau menambah bahawa produk berasaskan penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan Malaysia berjaya dikomersialkan dan pastinya memberi impak dari segi penjanaan ilmu ke arah peningkatan kualiti hidup, pembangunan industri dan pertumbuhan ekonomi negara.
Astro Awani
Tue Aug 20 2013
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
AWANI Tonight: UN Human Rights calls for independent investigation on Gaza mass graves
The UN Human Rights calls for an independent and transparent investigation into the mass graves found in and around hospitals in Gaza, including the Nasser Hospital.
AWANI Tonight: The US Senate approves bill to ban TikTok
The US Senate has approved a controversial landmark bill that could see TikTok banned in America, with President Joe Biden saying he would sign it into law as soon as it reaches his desk.
Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat dikebumi di kampung halaman
Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus disemadi dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.
AWANI Tonight: 24 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
Penggabungan PDP-PSB ikut undang-undang - Tiong
Tiong King Sing turut menegaskan penggabungan itu juga tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil (PRK) di Sarawak.
PBS tubuh jawatankuasa bincang gabungan parti - Joachim
Jawatankuasa itu akan diketuai Setiausaha Agung parti Datuk Julita Majungki.
Langkah gabung PBS, STAR wajar dipertimbang - Joniston
Sebarang idea atau langkah yang mampu mempromosi perpaduan dan memperkukuh GRS wajar disokong.
Pasca PRU15: Sudah ada pilihan hati - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan memberi bayangan bahawa sudah ada pilihan hati dibuat berhubung gabungan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
PRU15: Penyertaan BN dalam gabungan lain tidak sah, tiada rundingan dilakukan - Zahid
BN akan mengemukan Akuan Bersumpah (SD) kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun untuk dipertimbangkan.
COVID-19: Varian baharu 'Deltacron' ditemui
Sebanyak 25 kes dikesan setakat ini berkaitan varian Deltacron, yang merupakan gabungan antara varian Delta dan Omicron.
UMNO terbuka kerjasama dengan mana-mana parti selepas PRU15 - Tajuddin
Buat masa ini parti itu muktamad tidak akan berunding untuk bekerjasama dengan PKR, DAP, dan Bersatu untuk mendepani PRU15.
DAP terbuka cari konsensus dengan mana-mana parti - Anthony Loke
DAP sentiasa terbuka untuk mencari konsensus dengan mana-mana parti, sama ada dalam kalangan rakan dalam gabungan atau parti luar.
Pas, Bersatu, BN tidak mampu hadapi PRU bersendirian - Mohd Amar
Ketiga-tiga parti melalui Perikatan Nasional (PN) perlu bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
BN terbuka terima parti lain untuk perkukuh gabungan - Tok Mat
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan berkenaan.